Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki selamatkan kucing dari belebas tingkap di unit tingkat enam Punggol

Apr 9, 2024 | 5:23 PM
Seorang lelaki memanjat pagar luar tingkap dari unit tingkat lima untuk menyelamatkan kucing yang terperangkap di unit atas di Blok 654A Punggol Drive pada 6 April.
Seorang lelaki memanjat pagar luar tingkap dari unit tingkat lima untuk menyelamatkan kucing yang terperangkap di unit atas di Blok 654A Punggol Drive pada 6 April. - Foto SHIN MIN DAILY

Seorang lelaki nekad menyelamatkan kucing yang terperangkap di belebas tingkap di tingkat enam Blok 654A Punggol Drive pada 6 April tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.

Aksi nekad lelaki itu, yang tidak dapat dikenal pasti, dirakam jiran bertentangan blok terbabit.

Menerusi laporan akhbar Shin Min Daily News, lelaki itu dilihat memanjat ke luar tingkap dari unit di tingkat lima, mengimbangi dirinya di pagar tingkap dan menjinjit di atas pagar untuk sampai ke unit tingkap enam di atas demi menyelamatkan kucing tersebut.

Jiran tersebut, seorang penganalisis berusia 47 tahun yang enggan namanya disiarkan, berkata: “Kucing tersebut telah diselamatkan tetapi apabila difikirkan, aksi tersebut sangat berbahaya.”

Cik Salina, seorang pemilik kucing berusia 51 tahun yang menetap di unit tingkat tujuh, berkata kucing beliau telah melahirkan lima anak kucing dan telah menempatkan kucing tersebut dalam sangkar di halaman belakang unit.

“Saya sangkakan salah satu anak kucing sudah mati kerana saya tak dapat mencarinya apabila saya turun ke tingkat bawah.

“Saya tidak sangka anak kucing itu diselamatkan oleh jiran saya. Saya benar-benar berterima kasih kepadanya,” tambah Cik Salina.

Menukil laporan itu lagi, Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan menggalakan pemilik haiwan peliharaan untuk memandulkan haiwan mereka.

Dalam satu kenyataan, ia menjelaskan: “Terdapat lebih daripada 50,000 haiwan komuniti, dan lebih banyak penyelamatan daripada ruang perlindungan di Singapura.

“Pilihlah untuk tidak menyumbang kepada jumlah ini dengan memandulkan haiwan peliharaan anda dan menyelamatkan nyawa.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg