Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki serang seksual budak perempuan pernah jadi tukang masak di prasekolah

Aug 22, 2025 | 8:03 PM
Teo Guan Huat, prasekolah, serangan seksual
Teo Guan Huat didakwa menyasarkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu di prasekolahnya sekurang-kurangnya lapan kali antara Mei 2023 dengan November 2023. - Foto ST

Mahkamah telah menarik balik perintah melindungi identiti seorang lelaki yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang budak perempuan berusia dua tahun di prasekolahnya.

Teo Guan Huat, 60 tahun, yang ketika itu bekerja sebagai tukang masak di prasekolah itu, dituduh memegang lampin kanak-kanak itu dan menyentuhnya sekurang-kurangnya lapan kali antara Mei dengan November 2023.

Warga Malaysia itu ditahan reman sejak Disember 2023.

Teo, yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura, didakwa atas lapan pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang mangsa di bawah umur 14 tahun.

Dia dijangka mengaku bersalah pada 22 Ogos, tetapi telah mempertikaikan beberapa butiran dakwaan tersebut.

Ini termasuk tempoh salah satu kesalahan itu, dan bahagian badan kanak-kanak yang didakwa disentuhnya.

Kesnya kini akan disebut semula dalam sesi praperbicaraan pada 8 September.

Perintah menutup identiti Teo sebelum ini bertujuan untuk melindungi identiti kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, pada 22 Ogos, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Claire Poh menjelaskan di mahkamah bahawa hanya menyunting nama kanak-kanak itu dan tajakanya akan memenuhi syarat perintah tersebut.

Teo telah diberhentikan kerja oleh majikannya apabila kesalahan yang dilakukannya terbongkar, lapor The Straits Times (ST).

Empat wanita juga telah didakwa atas peranan mereka dalam menutup kejadian tersebut.

Wanita berusia 48, 58, 61 dan 66 tahun itu tidak boleh dinamakan kerana perintah yang dikenakan mahkamah bagi melindungi identiti budak perempuan itu.

Pada 21 Februari, setiap seorang daripada mereka dihadapkan dengan satu pertuduhan kerana sengaja menyembunyikan maklumat mengenai dakwaan serangan seksual itu.

Pada 16 Julai, salah seorang daripada mereka, wanita berusia 66 tahun, telah diberi amaran keras dan dilepaskan daripada tuduhan dan dibebaskan.

Ini bermakna dia tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.

Kes bagi tiga wanita lain akan didengar di mahkamah kelak.

Jurucakap Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) sebelum ini memberitahu ST empat wanita itu merupakan kakitangan pengurusan prasekolah itu.

Keempat-empat mereka telah dipecat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg