Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki yang didakwa ambil dadah bersama M.Ravi berdepan pertuduhan kedua ambil ‘meth’

Jan 2, 2026 | 12:33 PM
Shawn Loo Zhi Jian (kanan) didakwa mengatur satu pertemuan bersama Encik M. Ravi untuk mengambil methamphetamine di sebuah flat di Upper Boon Keng Road pada 24 Disember.
Shawn Loo Zhi Jian (kanan) didakwa mengatur satu pertemuan bersama Encik M. Ravi untuk mengambil methamphetamine di sebuah flat di Upper Boon Keng Road pada 24 Disember. - Foto ST

Lelaki yang didakwa mengambil dadah bersama mendiang bekas peguam, Encik Ravi Madasamy, dikenali sebagai M. Ravi, berdepan pertuduhan dadah pada 2 Januari.

Shawn Loo Zhi Jian, 40 tahun, kini didakwa mengambil methamphetamine pada atau sebelum 24 Disember 2025.

Loo, diwakili oleh peguam Ashvin Hariharan, akan kembali ke mahkmah pada 28 Januari.

Dia pertama kali didakwa pada 26 Disember 2025 kerana mengatur pertemuan untuk pengambilan dadah terkawal, lapor The Straits Times (ST).

Loo didakwa mengatur satu pertemuan dengan Encik Ravi di sebuah flat di Upper Boon Kheng Road, antara 1 pagi hingga 5 pagi, untuk menggunakan methamphetamine.

Encik Ravi meninggal dunia pada usia 56 tahun pada hari yang sama, 24 Disember.

Polis sebelum ini menyatakan beliau telah mengambil dadah bersama seorang rakan sebelum ditemui tidak sedarkan diri di flat itu. Paramedik tiba selepas panggilan pada 5.40 pagi.

Rakan itu, yang bersamanya, mengaku mengambil dadah bersama Encik Ravi beberapa jam sebelumnya.

Lelaki tersebut memberitahu pihak berkuasa bahawa Encik Ravi mengalami reaksi dadah, mendorongnya menghubungi bantuan dan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Lelaki itu ditahan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), manakala Encik Ravi dibawa ke hospital, di mana beliau kemudian disahkan meninggal dunia.

Dalam kenyataan bersama polis dan CNB pada 26 Disember, pegawai CNB merampas barangan berkaitan dadah dari flat tersebut.

Ujian air kencing segera lelaki itu didapati positif dadah terkawal. Sampel air kencingnya akan dihantar ke Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk ujian pengesahan.

Kedua-dua lelaki itu saling mengenali sejak 2023, bertemu melalui aplikasi media sosial.

Kenyataan bersama itu menambah: “Lelaki berusia 40 tahun itu menyatakan mereka bertemu di flatnya pada 24 Disember untuk mengambil dadah yang didakwa dibawa oleh mereka berdua, serta melakukan aktiviti lain.”

Sesiapa yang didapati bersalah mengatur pertemuan untuk mengambil dadah terkawal boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan.

Bagi kesalahan mengambil dadah, hukuman maksimum adalah penjara 10 tahun, denda sehingga $20,000, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg