Latihan kerahan: 3,000 askar SAF lapor diri ke Kem Selarang pada 7 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Latihan kerahan: 3,000 askar SAF lapor diri ke Kem Selarang pada 7 Feb

Feb 7, 2026 | 8:42 PM

Latihan kerahan: 3,000 askar SAF lapor diri ke Kem Selarang pada 7 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad (kiri) berbual-bual dengan seorang askar yang menyertai Latihan Kerahan di Kem Selarang pada 7 Februari. Bersama mereka ialah Panglima Divisyen Kesembilan (9 Div) dan Ketua Pegawai Infantri Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Brigedier-Jeneral (BG) Fairoz Hassan.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad (kiri) berbual-bual dengan seorang askar yang menyertai Latihan Kerahan di Kem Selarang pada 7 Februari. Bersama mereka ialah Panglima Divisyen Kesembilan (9 Div) dan Ketua Pegawai Infantri Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Brigedier-Jeneral (BG) Fairoz Hassan. - Foto MINDEF

Sekitar 3,000 Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dari Divisyen Singapura ke-9 (9 DIV) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) melaporkan diri ke Kem Selarang pada 7 Februari dalam satu Latihan Kerahan di bawah Latihan SG Ready 2026 (ESR 2026).

Dalam kenyataannya pada 7 Februari, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata latihan sedemikian memastikan SAF sentiasa bersedia dan mengesahkan askar, prasarana dan proses kerahan boleh beroperasi secara lancar dan berkesan.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, mengadakan lawatan ke Kem Selarang semasa latihan kerahan tersebut dan menyaksikan sendiri NSmen menjalani pemeriksaan wajar untuk misi dan menghadiri taklimat keselamatan serta sesi ulang kaji penggunaan senjata dan pemberian bantuan perubatan di medan pertempuran.

Menurut Mindef, Encik Zaqy turut mendengar taklimat mengenai rancangan kerahan mengamati cara 9 DIV mendapatkan maklumat yang dikemas kini menerusi alat digital.

Encik Zaqy berkata kesediaan operasi dan komitmen para NSmen amat dihargai. Beliau juga menghargai sokongan yang diberikan oleh keluarga dan majikan mereka yang membolehkan NSmen memenuhi tuntutan latihan kerahan.

“Ini mencerminkan komitmen, dedikasi NSmen kita dan kesediaan unit-unit kita… Kerahan ketenteraan ini juga mencerminkan bagaimana seluruh Singapura bersatu padu bagi Latihan SG Ready, iaitu sebahagian daripada Latihan Pertahanan Mutlak kita,” kata Encik Zaqy.

Dalam pada itu, Encik Zaqy turut menekankan pentingnya memanfaatkan kepakaran dan pengalaman di tempat kerja yang pelbagai yang dimiliki oleh NSmen, terutamanya dalam menghadapi ancaman yang semakin berubah.

“Jika kita memikirkan NSmen kita, ramai di antara mereka mempunyai kerjaya dan telah mendapat pendedahan dan meraih kemahiran dalam pelbagai bidang… Kami berharap untuk memanfaatkan set kemahiran dan pengalaman mereka sedikit lagi, untuk memberi mereka menggunakan masa dengan lebih bermakna dalam Perkhidmatan Negara,” ujar beliau.

Selaras dengan ESR 2026, Latihan Kerahan Mobilisasi Sumber Awam (CRX) masa damai telah dijalankan pada 17 Januari 2026 bagi menguji ketersediaan seluruh negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg