Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Liga Super hadapi rintangan selepas menang kes mahkamah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Liga Super hadapi rintangan selepas menang kes mahkamah

Dec 22, 2023 | 02:35 PM



LAUSANNE: Mahkamah tertinggi Eropah telah memberikan tamparan undang-undang yang kuat kepada Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) pada 21 Disember.


Namun, usaha penganjur Liga Super yang bersaing untuk melancarkan pertandingan baru itu terhalang oleh ‘penolakan kuat’ daripada kelab dan peminat.

Memberi respons kepada pertanyaan daripada mahkamah Sepanyol, Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) memutuskan bahawa Uefa telah melanggar undang-undang Kesatuan Eropah (EU).

Uefa, katanya, telah menyalahgunakan kedudukannya yang dominan dalam bola sepak Eropah untuk menghalang liga baru buat kelab-kelab elit.

Namun, apabila syarikat yang mempromosikan Liga Super mengambil kesempatan atas kemenangan mahkamah untuk mengumumkan rancangan bagi kejohanan baru yang melibatkan 64 pasukan, ia mendapat ejekan dan penolakan.

Kejohanan baru itu bertujuan untuk bersaing atau menggantikan pertandingan kebangsaan dan Liga Juara-Juara Uefa.

“Kami tidak akan cuba menghalang mereka (penganjur Liga Super). Mereka boleh cipta apa sahaja yang mereka mahu,” sindir Presiden Uefa, Aleksander Ceferin.

“Saya harap mereka memulakan pertandingan hebat mereka dengan secepat mungkin... dengan dua kelab sahaja.”

Dengan hanya dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona, yang masih menyokong projek Liga Super, Uefa dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mungkin mampu bersikap sinis tentang kemungkinan pertandingan baru itu menggegar dunia bola sepak.

Pada awal 2021, sebanyak 12 kelab terbesar Eropah mengumumkan mereka telah menyertai Liga Super yang dirancang.

Ini mencetuskan kemarahan peminat dan menyebabkan Uefa memberi amaran keras.

Uefa mengatakan kelab dan pemain yang terlibat akan dihalang daripada pertandingan seperti Piala Dunia. 

Dalam masa 48 jam, sembilan daripada 12 kelab tersebut mengundurkan diri, termasuk enam daripada Liga Perdana England (EPL).

Ini membuatkan projek Liga Super itu terjejas. 

Promoter A22 Sports Management melancarkan cabaran undang-undang melalui mahkamah Sepanyol. Mahkamah itu merujuk soalan tersebut kepada ECJ.

Memberi tindak balas terhadap Liga Super, Uefa melancarkan perubahan besar bagi Liga Juara bermula pada 2024.

Ia akan meningkatkan bilangan pasukan daripada 32 kepada 36.

Kelab-kelab tersebut akan bertanding dalam satu liga tunggal, menggantikan peringkat kumpulan semasa.

Setiap pasukan dijamin sekurang-kurangnya lapan perlawanan.

Pada 21 Disember, mahkamah tertinggi Eropah mengeluarkan keputusannya. Secara lahiriah, ini merupakan tamparan besar kepada Uefa. ECJ memutuskan peraturan Fifa dan Uefa tidak sah.

Menurut ECJ, Uefa beroperasi sebagai monopoli dalam menetapkan peraturan. Mahkamah memutuskan Fifa dan Uefa telah menyalahgunakan kedudukan mereka yang dominan.

“Peraturan Fifa dan Uefa yang membuat projek bola sepak antara kelab baru itu tertakluk kepada kelulusan mereka terlebih dahulu, seperti Liga Super, dan melarang kelab serta pemain daripada bertanding dalam pertandingan tersebut,” putus ECJ. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >