Tanah pertanian di selatan Lim Chu Kang akan diwarta bagi kegunaan pertahanan dalam masa terdekat, manakala kawasan tentera di utara, berdekatan ladang sedia ada, kini dirancang untuk diperuntukkan semula bagi pertanian pada masa hadapan.

Penyatuan ladang di utara ini adalah nadi utama Pelan Induk Lim Chu Kang, iaitu hab agromakanan berteknologi tinggi yang beberapa kali tergendala sejak ia diumumkan pada 2020.