Lima wanita warga asing berusia antara 21 dengan 48 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah pada 29 Julai dalam kawasan transit di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi.
Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata pada 31 Julai bahawa para pegawainya menemui sekitar 26.9 kilogram kokain dan 10 gram kanabis dalam bagasi milik dua wanita berusia 21 dan 32 tahun.
Pegawai CNB menahan dua wanita itu ketika mereka bertukar beg pakaian. Kokain kemudian ditemui disembunyikan dalam mainan yang disumbat di dalam beg pakaian.
Penahanan itu dibuat selepas pertukaran maklumat risikan antara CNB dengan Biro Narkotik Pasukan Polis Hong Kong.
Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih 30 gram kokain boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg