Sebuah lori melanggar pokok dan batu pembahagi jalan di lobi blok perumahan di Tampines pada 14 Januari, hanya beberapa meter dari sebuah prasekolah.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, lori tersebut melanggar pokok kecil sebelum merempuh tiang di laluan berbumbung di Blok 854 Tampines Street 82.
Kesan perlanggaran menyebabkan cermin hadapan lori biru tersebut retak dan bahagian depannya kemek, lapor The Straits Times (ST).
Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah prasekolah PCF Sparkletots.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diberitahu mengenai kejadian itu pada 9.50 pagi.
Tiada kanak-kanak sekolah dilaporkan cedera dan SCDF berkata bantuannya tidak diperlukan.
ST telah menghubungi polis untuk maklumat lanjut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg