LTA akan semak semula kategori COE kereta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LTA akan semak semula kategori COE kereta

Mar 4, 2026 | 8:08 PM

LTA akan semak semula kategori COE kereta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
coe, lta
Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengumpul maklum balas daripada orang ramai dan industri pengangkutan tentang cara untuk menambah baik pengkategorian Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kereta. - Foto fail

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengumpul maklum balas daripada orang ramai dan industri pengangkutan tentang cara untuk menambah baik pengkategorian Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kereta, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow.

Bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 4 Mac, Encik Siow berkata ini dilakukan selepas pengeluar telah melaraskan spesifikasi kereta agar ia sesuai dengan Kategori A dan setelah harga COE antara Kategori A dengan B kelihatan semakin dekat.

“Oleh itu, saya telah meminta LTA agar mengkaji semula isu ini,” kata Encik Siow, sambil menyatakan bahawa agensi itu juga akan meneliti cadangan untuk memberi diskaun atau mengenakan caj tambahan berdasarkan nilai pasaran terbuka.

“Saya berharap anda dapat melihat daripada contoh di atas bagaimana MOT mendengar maklum balas, berusaha sedaya upaya untuk menangani kebimbangan. Saya tahu ini penting bagi anda. Ia juga penting bagi kami,” kata Encik Siow.

Kategori A dikhaskan bagi kereta dan kenderaan elektrik (EV) lebih kecil dan kurang berkuasa, manakala Kategori B adalah bagi kereta dan EV lebih besar dan lebih berkuasa.

Encik Siow membuat pengumuman itu sebagai respons kepada soalan yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen (AP) tentang sama ada pemerintah akan menyemak semula sistem COE.

Ini memandangkan terdapat perkembangan baharu seperti kenderaan elektrik, kenderaan autonomi dan sistem Sistem Elektronik Jalan Raya (ERP) 2.0.

Semasa perbahasan, Encik Edward Chia (GRC Hollang-Bukit Timah) telah berkongsi pemerhatiannya bahawa harga Kategori A dan B baru-baru ini telah kelihatan semakin dekat.

Semakan menunjukkan bahawa pertemuan itu lebih ketara semasa November 2025 (bidaan pertama), Disember 2025 (bidaan kedua), serta semasa Januari 2026 (bidaan pertama).

Dalam jawapannya, Encik Siow berkongsi bahawa pemerintah pada 2014 telah menambah kriteria penarafan kuasa kepada kapasiti enjin untuk memisahkan kereta Kategori A dan Kategori B dengan lebih jelas.

Ini adalah sebagai respons kepada maklum balas orang ramai bahawa kereta Kategori A dan B semakin sukar dibezakan kerana terdapat lebih banyak kereta dengan kapasiti enjin yang lebih kecil tetapi mempunyai kuasa yang lebih tinggi.

Meskipun perubahan itu berkesan untuk beberapa ketika, Encik Siow menyatakan bahawa pengeluar telah menyesuaikan spesifikasi kereta agar ia sesuai dengan kategori A, dan ini sekali lagi telah menyebabkan harga Kategori A dan B bertemu lebih dekat.

“Dengan bekalan kuota Kategori A telah mencapai kemuncaknya tahun lepas (2025), dan bekalan kuota Kategori B terus meningkat tahun ini (2026), kemungkinan besar kedua-dua harga akan terus bertemu untuk beberapa ketika,” kata Encik Siow.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg