Rebat Parf dikurang, had jumlah kini $30,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rebat Parf dikurang, had jumlah kini $30,000

Feb 12, 2026 | 8:48 PM

Rebat Parf dikurang, had jumlah kini $30,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
coe, parf, budget
Rebat yang diterima pemilik kenderaan bagi pembatalan pendaftaran sebelum Sijil Hak Memiliki Kendereraan (COE) tamat tempoh akan dikurangkan, dengan jumlah maksimum dihadkan kepada $30,000. - Foto ZAOBAO

Rebat yang diterima pemilik kenderaan bagi pembatalan pendaftaran sebelum Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) tamat tempoh akan dikurangkan, dengan jumlah maksimum dihadkan kepada $30,000.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 12 Februari mengumumkan Rebat Yuran Pendaftaran Tambahan Pilihan (Parf) akan dikurangkan sebanyak 45 mata peratusan.

Perubahan itu akan berkuat kuasa mulai pusingan bidaan COE seterusnya, yang akan ditutup pada 20 Februari.

Rebat PARF diperkenalkan bagi menggalakkan pembaharuan jumlah kenderaan Singapura secara tepat pada masanya, dengan pemilik kenderaan menerima jumlah rebat lebih tinggi jika mereka membatalkan pendaftaran lebih awal dalam tempoh COE selama 10 tahun.

Encik Wong berkata apabila kenderaan elektrik (EV) semakin meluas digunakan di sini, keperluan untuk menggalakkan pembatalan awal pendaftaran kereta semakin berkurangan.

EV, yang kurang mencemarkan alam sekitar berbanding kereta petrol lazim, merangkumi 45 peratus daripada jumlah kereta baru yang dijual pada 2025.

Parf dikira sebagai peratusan daripada Yuran Pendaftaran Tambahan (ARF) yang telah dibayar pemilik kereta.

ARF ialah cukai yang dibayar berdasarkan nilai pasaran terbuka sesebuah kereta – iaitu anggaran kos kereta sebelum cukai dikenakan.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 12 Februari, jumlah rebat Parf yang disemak semula ialah 30 peratus daripada ARF bagi kereta yang berusia kurang daripada lima tahun ketika pembatalan pendaftaran, berbanding 75 peratus pada masa ini.

Bagi kereta berusia antara lima dengan enam tahun, rebat dikurangkan daripada 70 peratus ARF kepada 25 peratus di bawah ARF.

Sementara itu, rebat Parf bagi kereta yang berada pada tahun terakhir tempoh COE 10 tahun akan dikurangkan kepada lima peratus daripada ARF asal yang dibayar, berbanding 50 peratus ketika ini.

Parf kali terakhir diselaraskan dalam Belanjawan 2023, apabila had rebat ditetapkan pada $60,000. Pada masa sama, pemerintah turut menaikkan cukai ARF bagi kereta mewah.

Bagi kenderaan yang tidak memerlukan COE untuk didaftarkan, termasuk teksi, kadar rebat Parf yang lebih rendah akan dikenakan kepada kenderaan yang didaftarkan mulai 13 Februari, kata LTA.

Perubahan Parf ini tidak melibatkan kenderaan seperti van dan kereta klasik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg