Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LTA: Kemajuan penting dicapai baiki landasan kereta api rosak

Sep 28, 2024 | 8:17 PM
Para pekerja menjalankan kerja-kerja pembaikan di bahagian landasan yang rosak berhampiran Depoh Ulu Pandan pada 11.30 malam, 26 September. SMRT menyasarkan untuk memulihkan perkhidmatan kereta api sepenuhnya pada 30 September.
Para pekerja menjalankan kerja-kerja pembaikan di bahagian landasan yang rosak berhampiran Depoh Ulu Pandan pada 11.30 malam, 26 September. SMRT menyasarkan untuk memulihkan perkhidmatan kereta api sepenuhnya pada 30 September. - Foto ST

Usaha membaiki landasan kereta api antara stesen Clementi dan Dover yang sedang berlangsung telah mencapai kemajuan penting, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ini termasuk menghantar rel berat ke lokasi di mana retakan berlaku, tambah LTA.

LTA telah menetapkan matlamat untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan kereta api pada 30 September.

Pada 25 September, sebuah kereta api rosak di Laluan Timur-Barat (EWL), telah menyebabkan kerosakan pada landasan dan peralatan tepi landasan semasa dalam dibawa ke Depoh Ulu Pandan.

Sejak itu, perkhidmatan kereta api antara stesen Jurong East dan Buona Vista telah mengalami gangguan.

“Pasukan kami telah bekerja siang dan malam, dan telah mencapai kemajuan penting, termasuk melengkapkan penghantaran rel berat,” kata LTA dalam catatan Facebook 28 September.

Landasan kereta api arah barat antara stesen Dover dan Clementi, yang berukuran 1.6 kilometer (km) itu, telah mengalami 34 keretakan atau serpihan.

Justeru, ia perlu ditanggalkan dan digantikan dengan bahagian rel baru untuk memastikan operasi kereta api yang selamat.

Sebagai sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan, jurutera perlu menggunakan jig mekanikal untuk mengalihkan bahagian rel baru, yang setiap satu beratnya lebih daripada satu tan, ke tempat penggantian, tanpa menggunakan kenderaan kejuruteraan, kerana rel tersebut rosak.

LTA berkata pada 28 September bahawa ia akan terus menggantikan rel retak di sepanjang landasan yang terjejas, dan membaiki peralatan landasan yang rosak.

Ini termasuk rel ketiga, yang membekalkan kuasa kepada kereta api, dengan kabel kuasa terdedah di sepanjang landasan arah timur.

Walaupun kotak gandar, atau axle box, yang rosak itu telah jatuh lebih awal di landasan arah barat berhampiran stesen Dover, landasan arah timur turut mengalami kerosakan kerana kereta api yang rosak itu diberhentikan di situ, sebelum ditarik ke landasan untuk dibawa ke depoh Ulu Pandan, antara stesen Clementi dan Jurong East.

LTA, dan pengendali rel, SMRT, telah berjaya mendapatkan semula mesin tiga mata, atau 3-point machines, dan peralatan tepi landasan yang lain pada 27 September.

Dianggarkan sekitar 358,000 penumpang terjejas dengan gangguan kereta api pada 25 September, 516,000 penumpang terjejas pada 26 September dan 500,000 lain pada 27 September.

Kereta api ulang-alik turut beroperasi pada selang 10 minit, antara stesen Boon Lay dan Jurong East, dan antara stesen Queenstown dan Buona Vista.

Pihak berkuasa menggesa para penumpang untuk terus menggunakan pengangkutan alternatif yang disediakan, termasuk perkhidmatan kereta api ulang-alik, serta perkhidmatan bas penghubung percuma antara Jurong East dan Buona Vista, dan perkhidmatan bas biasa antara stesen Boon Lay dan Queenstown.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg