Ketika meninjau Transkrip Kemahiran yang diterimanya buat kali pertama, Encik Aniq Sufirizan Fariq, tidak menyangka begitu banyak aspek perjalanan hidupnya di Politeknik Temasek (TP) dirakamkan dalam satu dokumen lengkap.

Perkembangan Encik Aniq, 21 tahun, lulusan Diploma Bioteknologi Perubatan, dalam aspek pengalaman kepimpinan, penglibatan masyarakat dan kemahiran insaniah, semuanya dicatat dan dikenal pasti penyelianya semasa latihan industri.