Topic followed successfully
Go to BHkuMadani Centre tawar khidmat persiap sebelum jalani ujian kemasukan madrasah
Madani Centre tawar khidmat persiap sebelum jalani ujian kemasukan madrasah
Madani Centre tawar khidmat persiap sebelum jalani ujian kemasukan madrasah
Firma Muhd Zuhaili Services (MZ Services) bukan sahaja giat dalam pengurusan ibadah korban dan kebajikan di luar negara, malah, berperanan sebagai pusat pengajian ukhrawi.
Syarikat ini juga adalah pemilik Madani Centre, yang dahulu dikenali sebagai MZ Academy.
Pusat ini ditubuhkan sebagai pusat pembelajaran ukhrawi, yang juga giat mengadakan sesi, ‘boot camp’, berkaitan kepimpinan untuk kanak-kanak berusia dari tujuh tahun hingga 12 tahun.
Pengasas Muhd Zuhaili Services, Encik Muhammad Zuhaili Sabudin, berkata:
“Kami tukar nama MZ Academy kepada Madani Centre, dengan harapan melahirkan ‘Ummah Madani Menuju Rabbani’.
“Apa yang saya maksudkan di sini ialah tujuan pembelajaran bukan untuk mencapai kecemerlangan semata-mata bahkan membangunkan insan-insan yang meraih 3C, iaitu care, concern, compassion, atau yang peduli, prihatin dan ihsan.
“Di Madani Centre, kami mahu tumpukan kepada Ujian Kemasukan Madrasah, atau Madrasah Entry Test (MET).
“Semakin ramai ibu bapa Melayu/Islam Singapura memilih madrasah untuk persekolahan anak-anak mereka.
“Kami dapati saban tahun, pendaftaran menduduki peperiksaan kelayakan bagi Darjah 1 di madrasah semakin meningkat.
“Sebagai persiapan, kami akan mengadakan MET Enhancement Program, atau Program Penambahbaikan Ujian Kemasukan Madrasah.”
Beliau turut menjelaskan tujuan utama pihaknya adalah meningkatkan lagi ilmu dan keupayaan anak-anak ini sebelum menduduki peperiksaan kelayakan.
“Dalam pada itu, kami juga peka dan memandang jauh akan penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS). Ini satu peluang emas bagi pelajar madrasah,” tambahnya.
Madani Centre kini beroperasi di Blok 150, Bedok Reservoir Road.
Selain kelas ukhrawi, akademi itu bakal mengadakan pembelajaran di luar darjah (outdoor learning) dan lawatan sambil belajar di beberapa tempat menarik di Singapura untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga 12 tahun.
Pengurus Madani Centre, Ustaz Ridzwan Manap, berkata:
“Kami amat mengharapkan sokongan daripada masyarakat Melayu/Islam Singapura.
“Perancangan kami ini adalah sebagai penyediaan bagi pembelajaran alternatif yang kami susun untuk bakal pelajar madrasah.”
SEKILAS:
Untuk pertanyaan dan pendaftaran bagi program Ujian Kemasukan Madrasah (MET) dan kegiatan agama di Madani Centre, sila hubungi talian 8649-1403.

