Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah menyasarkan kutipan dana melebihi $10,000 untuk membiayai keperluan teras: bantuan pendidikan dan sokongan pelajar, pembangunan infrastruktur serta inisiatif pembelajaran digital, kata mudirah madrasah, Ustazah Maisarah Kasim

Usaha pengumpulan dana sedang giat dijalankan termasuk pelancaran kupon amal Beriani Dum Masjid Khalid berharga $15, serta jualan makanan di Masjid Yusof Ishak, kesemuanya bersempena penganjuran sulung Forum Minda Muslimah pada 16 Mei.