Madrasah Wak Tanjong jalin kerjasama muhibah dengan sekolah SAP
Madrasah Wak Tanjong jalin kerjasama muhibah dengan sekolah SAP
USTAZAH MASNIA NASSIM
Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah telah bekerjasama dengan dua sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) sejak 2019. Dua sekolah itu ialah Chung Cheng High (Utama) dan Dunman High School.
Sebagai madrasah sepenuh masa dengan keseluruhan pelajarnya beragama Islam dan majoritinya berbangsa Melayu, ia telah digabungkan dengan pelajar sekolah yang keseluruhannya berbangsa Cina dengan tujuan agar saling dapat belajar antara satu sama lain dari segi budaya dan kepercayaan.
Sejak 2019, setiap tahun pelajar menengah 2 dan 3 di Madrasah Wak Tanjong akan dilibatkan dengan kegiatan yang telah diaturkan antara dua sekolah tersebut.
Contohnya, sewaktu Ramadan dan Hari Raya, sekolah-sekolah itu akan berkunjung ke madrasah, untuk diberikan perkongsian tentang apa pengertian Ramadan, sambutan Hari Raya, adat budaya Melayu dan sebagainya.
Sewaktu perayaan Tahun Baru Cina atau Mid-Autumn Festival pula, pelajar Madrasah Wak Tanjong akan mengunjungi sekolah itu dan akan diberikan perkongsian tentang dua sambutan tersebut.
Ini membantu menanam semangat saling memahami dan menghargai budaya lain.
Sekolah Menengah Dunman pernah beberapa kali menganjurkan majlis iftar/buka puasa bersama pelajar madrasah Madrasah Wak Tanjong, mengubah dewannya menjadi suasana berbuka seperti di masjid. Menurut pemimpin sekolah tersebut, usaha ini memberi pelajar mereka pengalaman berbeza daripada rutin harian mereka.
Sesungguhnya acara sebegini akan diteruskan Madrasah Wak Tanjong. Hal ini kerana sebagai warga Singapura yang dipenuhi dengan berbilang latar belakang, pelajar ini sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan, perlu didedahkan kepada masyarakat yang pelbagai dari segi agama, bangsa, dan budaya.
Ini membolehkan mereka hidup harmoni dan sejahtera, sambil bersama-sama memajukan negara.
Pesanan ini selaras dengan ajaran agama sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.”
Teruslah menyokong pendidikan Madrasah Wak Tanjong dengan berinfak, berwakaf atau menunaikan zakat harta anda. Selain datang sendiri ke pejabat kami atau menderma secara dalam talian, pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Kami juga ada reruai bernombor 467 di Bazaar Geylang Serai.
Penulis merupakan mudirah di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.
SEKILAS:
1. Anda boleh menderma dengan menggunakan PayNow ke UEN: S55MM0002D, atau hantarkan cek atas nama ‘Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah’.
2. Hubungi talian 6741-0131, e-mel kepada mwti@mwti.edu.sg atau lungsuri laman https://mwti.edu.sg/ramadan-2026 untuk maklumat lanjut.
3. Kunjungi Facebook@MWTI Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah untuk mengikuti perkembangan terbaru madrasah.
4. Langsung ke pejabat madrasah di alamat 589 Sims Avenue, Singapura 387600. Waktu operasi, Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 4 petang. Pada Sabtu, 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ahad (Tutup).

