Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah izin penyerang paderi kembali ke Gereja St Joseph’s bagi siasatan

Dec 2, 2024 | 3:57 PM
Jika disabitkan kesalahan menyebabkan kecederaan parah secara sengaja dengan senjata berbahaya, Basnayake Keith Spencer, boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Jika disabitkan kesalahan menyebabkan kecederaan parah secara sengaja dengan senjata berbahaya, Basnayake Keith Spencer, boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. - Foto ST

Mahkamah Negara telah memberikan kebenaran untuk lelaki yang didakwa menyerang seorang paderi dengan pisau dibawa ke tempat kejadian, iaitu Gereja St Joseph’s di Bukit Timah.

Muncul di mahkamah buat kali pertama sejak 11 November apabila dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya, Basnayake Keith Spencer, 37 tahun, menghadiri sebutan pada 2 Disember melalui pautan video.

Basnayake, yang sebelum ini ditahan di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi, tidak akan diberi ikat jamin.

Sebaliknya, dia direman di Bahagian Polis Woodlands, dengan kesnya ditangguhkan ke 9 Disember, lapor The Straits Times.

Basnayake didakwa menyerang Paderi Christopher Lee, 57 tahun, semasa paderi itu sedang meraikan perhimpunan malam di Gereja St Joseph’s pada sekitar 6.30 petang pada 9 November.

Dia dikatakan mendekati Paderi Lee yang sedang mengagihkan makanan.

Menurut dokumen mahkamah, Basnayake menggunakan pisau lipat dalam serangan itu.

Dia didakwa menikam paderi itu di mulut, menyebabkan beliau luka lapan centimeter pada lidahnya, luka tiga centimeter pada bibir kiri atas dan empat centimeter di tepi mulutnya.

Jika sabit kesalahan, Basnayake boleh dihukum penjara seumur hidup, atau boleh dikenakan penjara sehingga 15 tahun, denda dan rotan.

Dalam surat yang diedarkan kepada pengunjung Gereja St Joseph’s pada 1 Disember, gereja itu berkata ia akan memperkukuhkan langkah keselamatannya, terutama untuk tempoh Advent, Krismas dan Tahun Baru yang akan datang.

Di tengah-tengah peningkatan keselamatan, seorang sukarelawan keselamatan gereja menemui sebilah pisau lipat pada seorang pengunjung pada hari yang sama.

Polis berkata dalam satu kenyataan pada 1 Disember bahawa lelaki berusia 36 tahun itu, yang biasa di gereja dan dipercayai seorang tukang, dikatakan terlupa menyimpan pisau lipat bersama peralatannya yang lain selepas bekerja sebelum itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg