Mahkamah S’pura beri amaran ‘perintah mahkamah’ palsu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah S’pura beri amaran ‘perintah mahkamah’ palsu

Mar 17, 2026 | 2:45 PM

Mahkamah S’pura beri amaran ‘perintah mahkamah’ palsu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
mahkamah s’pura, perintah mahkamah, scam
Pihak yang menerima ‘perintah mahkamah’ palsu akan diarah supaya memindahkan wang ke akaun bank tertentu kononnya bagi mengelakkan tindakan undang-undang. - Foto FACEBOOK SG COURTS

Jika anda menerima ‘perintah mahkamah’ yang mengarahkan anda supaya memindahkan wang ke akaun bank tertentu bagi mengelakkan tindakan undang-undang, usah berikan sebarang tindak balas kepadanya.

Dalam satu hantaran Facebook pada 16 Mac, Mahkamah Singapura berkata ia telah dimaklumkan mengenai satu penipuan melibatkan perintah palsu tersebut.

Ia menambah, pihaknya tidak mengeluarkan perintah melalui WhatsApp atau Telegram, dan juga tidak meminta pemindahan wang daripada orang awam melalui telefon atau e-mel.

Mahkamah Singapura juga tidak pernah meminta maklumat log masuk akaun bank, tambahnya.

Mereka yang berasa ragu boleh mengesahkan perintah mahkamah melalui portal Arahan Mahkamah Sahih (ACO) di www.courtorders.gov.sg

Mahkamah Singapura menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang notis mencurigakan yang dikatakan daripada mahkamah kepada talian ScamShield di 1799.

Jumlah kes penipuan yang melibatkan penipu menyamar sebagai pegawai pemerintah telah meningkat dua kali ganda daripada 1,504 kes pada 2024 kepada 3,363 kes pada 2025.

Jumlah kerugian akibat penipuan tersebut turut meningkat dengan ketara, sekitar 60 peratus, daripada $151.3 juta pada 2024 kepada $242.9 juta pada 2025.

Sebelum ini, penipu pernah menyamar sebagai pegawai daripada Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) serta pegawai pemerintah China.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg