Maison Q menang cabaran runcit dengan inovasi pakaian kanak-kanak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maison Q menang cabaran runcit dengan inovasi pakaian kanak-kanak

Pemenang ‘Retail Maverick Challenge’ terima pengecualian sewa setahun, buka kedai fizikal pertama
Feb 3, 2026 | 4:24 PM

Maison Q menang cabaran runcit dengan inovasi pakaian kanak-kanak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemenang ‘Retail Maverick Challenge’ anjuran Enterprise Singapore dan CapitaLand Investment, Maison Q, terkenal dengan pakaian kanak-kanak dengan ciri ‘reversible’ serta rekaan asli yang teliti. Pengasasnya, Cik Suhana Ab, berkata dengan adanya kedai tetap, jenama itu dapat memperkenalkan pelbagai perkhidmatan tersuai kepada pelanggan.
Pemenang ‘Retail Maverick Challenge’ anjuran Enterprise Singapore dan CapitaLand Investment, Maison Q, terkenal dengan pakaian kanak-kanak dengan ciri ‘reversible’ serta rekaan asli yang teliti. Pengasasnya, Cik Suhana Ab, berkata dengan adanya kedai tetap, jenama itu dapat memperkenalkan pelbagai perkhidmatan tersuai kepada pelanggan. - Foto BH oleh KHALID BABA

Demi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif, Cik Suhana Ab, pengasas jenama pakaian kanak-kanak tempatan, Maison Q, mencipta konsep kedai yang membolehkan pelanggan menghasilkan pakaian tersuai dengan memilih daripada pelbagai rekaan sedia ada.

Konsep ini diiktiraf sebagai salah satu pemenang Retail Maverick Challenge, membolehkan Maison Q menerima pengecualian sewa selama setahun untuk membuka kedai fizikal pertama mereka.

Lebih 200 peruncit Singapura dari pelbagai industri, termasuk makanan dan minuman, fesyen dan kesihatan, menyertai pertandingan ini.

Secara lebih terperinci, ‘Reversible Bar’ oleh jenama tersebut menawarkan 25 hingga 30 corak untuk dipilih,yang kemudiannya dicetak pada siluet pakaian pilihan.

Pelanggan bebas menyesuaikan pakaian, seperti memilih rekaan berlengan, tanpa lengan atau skirt bertingkat.

‘Reversible Bar’ juga membolehkan penambahan pom-pom dan lining atau kain lapik dalam, serta menawarkan saiz yang lebih besar untuk kanak-kanak berumur lapan hingga 14 tahun.

Lebih menarik, ia turut memberi peluang kepada ibu bapa mencipta pakaian sedondon dengan anak-anak mereka.

Setelah pilihan corak dan rekaan dibuat, pesanan akan dihantar kepada pereka dan pembekal.

Maison Q kemudian akan menghantar pakaian tersebut kepada pelanggan atau mereka boleh mengambilnya sendiri di kedai.

Selain itu, perkhidmatan ‘Dress-Your-Plushie’ membolehkan pelanggan menghias beruang teddy dengan corak yang sama.

Buat masa ini, Maison Q beroperasi tanpa kedai sendiri, sebaliknya menjual produk melalui peruncit besar seperti Tangs di VivoCity dan kedai cenderamata di Taman Haiwan Singapura.

Dengan adanya kedai tetap, Cik Suhana, 45 tahun, berkongsi Maison Q dapat memperkenalkan pelbagai perkhidmatan tersuai seperti ‘Reversible Bar’ dan ‘Dress-Your-Plushie’ kepada pelanggan.

Pemenang pertandingan yang dianjurkan Enterprise Singapore dan CapitaLand Investment itu akan menikmati pengecualian sewa setahun di pusat beli-belah Raffles City Singapore atau Bugis Junction.

EnterpriseSG juga menyediakan sokongan kewangan sehingga 50 peratus daripada kos permulaan, dengan had maksimum $300,000.

Terdapat dua pemenang pada 2026 selain Maison Q, iaitu Mighty Jaxx, terkenal dengan koleksi mainan tempatan dan konsep kedai yang mempunyai ciri realiti terimbuh (AR) dan gamifikasi.

Cik Suhana berkata ruang kedai ini digabungkan dengan pengalaman peribadi yang ditawarkan, membolehkan Maison Q ‘mengenali pelanggan dengan lebih baik’.

Beliau turut menekankan bagaimana sokongan kewangan dan pengecualian sewa meletakkan jenama itu dalam kedudukan lebih kukuh untuk membina model runcit mampan yang mampu menampung kos sewa masa depan.

“Disebabkan pengecualian sewa pada tahun pertama, kami mempunyai lebih masa untuk mempelajari apa yang berkesan dan apa yang boleh diperbaiki tanpa risau tentang kos ini pada tahun pertama,” katanya, yang memulakan jenama itu pada 2015 selepas sedekad bekerja dalam bidang kewartawanan, yang anak perempuannya baru berusia dua tahun ketika itu.

Beliau berhasrat menghasilkan pakaian kanak-kanak yang “bertahan lama dan tidak lapuk dek zaman.”

“Kami mencipta koleksi yang evergreen, tidak terpengaruh dengan fesyen sementara dan dihasilkan dengan mutu tinggi supaya pakaian itu boleh dipakai oleh adik-beradik lain.

“Disebabkan itu, kami mempunyai identiti jenama yang kuat dan ciri jualan unik.

“Kami berharap dengan peluang ini, kami dapat menonjolkan ciri tersebut di ruang runcit sendiri,” ujarnya.

“Disebabkan pengecualian sewa pada tahun pertama, kami mempunyai lebih masa untuk mempelajari apa yang berkesan dan apa yang boleh diperbaiki tanpa risau tentang kos ini pada tahun pertama.”
Cik Suhana Ab, pengasas Maison Q.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg