Program selepas sekolah dilancar di Marsiling, sokong kanak-kanak ComLink+

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program selepas sekolah dilancar di Marsiling, sokong kanak-kanak ComLink+

Feb 22, 2026 | 8:47 PM

Program selepas sekolah dilancar di Marsiling, sokong kanak-kanak ComLink+

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, ComLink+, Marsiling-Yew Tee, Zaqy Mohamad, Hany Soh
Seramai 7,000 penduduk dan sukarelawan menghadiri majlis Iftar Utara 2026, yang disertai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee (dua dari kanan), bersama seorang lagi AP kawasan itu, Cik Hany Soh (dua dari kiri). - Foto BH oleh KHALID BABA

Satu program selepas sekolah telah dilancarkan pada 22 Februari bagi menyokong kanak-kanak daripada keluarga di bawah ComLink+ di Marsiling.

Dinamakan EduBitez, program hasil kerjasama Persatuan Perkhidmatan Sosial Muslim India (IMSSA) itu bertujuan menyediakan persekitaran selepas sekolah yang berstruktur dan kondusif.

Melalui program ini, kanak-kanak dapat menikmati hidangan ringan, menerima bimbingan mentor, serta membina rutin positif sementara ibu bapa mereka bekerja, menurut kenyataan Kelab Masyarakat dan Pejabat Kawasan Undi Marsiling.

EduBitez dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee, semasa majlis Iftar Utara 2026 di Marsiling Mega Sports Park.

“Kadang-kadang kita lihat kanak-kanak melepak di kolong blok, tanpa arah, matlamat dan bimbingan yang kukuh.

“Kami ingin mewujudkan sebuah program seperti EduBitez, melibatkan sukarelawan daripada IMSSA dan masyarakat setempat yang membantu lebih ramai keluarga berpendapatan rendah.

“Program ini bertujuan memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka, memandangkan ramai ibu bapa bekerja mengikut syif,” kata Encik Zaqy.

Menurutnya lagi, EduBitez ialah satu cara bagi masyarakat untuk memainkan peranan dalam membantu mengubah nasib kanak-kanak.

“Walaupun ComLink+ memberi tumpuan kepada aspek pembangunan kanak-kanak serta membantu ibu bapa menstabilkan keadaan kewangan keluarga, saya bersyukur kerana pihak masyarakat juga dapat memainkan peranan kecil.

“Kami berusaha untuk mendekati anak-anak ini, membawa mereka keluar meneroka pengalaman baru yang mungkin tidak pernah mereka kecapi ketika tinggal di flat sewa,” tambah Encik Zaqy.

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling dengan kerjasama Masjid An-Nur dan IMSSA, majlis Iftar Utara 2026 itu disertai seramai 7,000 penduduk, sukarelawan dan keluarga.

Turut hadir memeriahkan majlis iftar itu ialah seorang lagi AP GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh.

Menjelang akhir 2026, bilik darjah kontena tambahan akan dibina berhampiran Blok 180C Marsiling Road bagi menyokong program EduBitez dan program pembangunan berkaitan.

Inisiatif demikian melengkapi pusat ComLink+ yang dikendalikan oleh Pejabat Perkhidmatan Sosial di Blok 182A Woodlands Street 13.

Sukarelawan IMSSA yang kebanyakannya terdiri daripada golongan karyawan akan menerajui program EduBitez dan memberi bimbingan dan sokongan kepada kanak-kanak terlibat.

Inisiatif itu juga akan diperkukuhkan lagi dengan sumbangan sebanyak $25,000 daripada firma penasihat kekayaan dan pelaburan, Crosspoint Capital Asia, menurut kenyataan Kelab Masyarakat Marsiling itu lagi.

Dalam pada itu, lebih 600 penduduk berpendapatan rendah juga telah menerima baucar Bingkisan Kasih bernilai $50 bagi membantu meringankan perbelanjaan isi rumah.

“Tempoh perayaan adalah masa di mana kita harus lebih saling mengambil berat.

“Selain berkumpul sebagai sebuah masyarakat, adalah penting untuk menghulurkan keprihatinan serta sokongan praktikal kepada keluarga yang mungkin memerlukan bantuan tambahan semasa Ramadan dan Hari Raya,” kata Pengerusi Penganjur Iftar Utara 2026, Encik Azriman Mansor.

“Kami ingin mewujudkan sebuah program seperti EduBitez, melibatkan sukarelawan daripada IMSSA (Persatuan Perkhidmatan Sosial Muslim India) dan masyarakat setempat yang membantu lebih ramai keluarga berpendapatan rendah.  Program ini bertujuan memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka, memandangkan ramai ibu bapa bekerja mengikut syif.” 
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg