Satu-satunya akhbar bahasa Tamil kebangsaan di Singapura, Tamil Murasu (TM), menganjurkan majlis ‘Murasu 360’ bagi menutup tirai Festival Bahasa Tamil (TLF) 2026 di Kelab Perkhidmatan Awam (CSC) di Tessensohn Road pada 26 April.

Ini merupakan kali pertama majlis seumpama itu diadakan untuk menyingkap detik-detik penting semasa TLF, yang berlangsung selama sebulan bermula 29 Mac.