Topic followed successfully
Go to BHkuMajlis penutup tirai Festival Bahasa Tamil asuh kemahiran wartawan muda
Majlis penutup tirai Festival Bahasa Tamil asuh kemahiran wartawan muda
Apr 27, 2026 | 1:04 PM
Majlis penutup tirai Festival Bahasa Tamil asuh kemahiran wartawan muda
Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Undang-Undang), Encik Murali Pillai (barisan belakang, lima dari kanan) dan Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast-Jurong West, Dr Hamid Razak (barisan belakang, empat dari kanan), bergambar dengan wartawan pelajar sempena majlis penutup tirai Festival Bahasa Tamil (TLF) 2026. Bersama mereka ialah (dari kanan) Editor Tamil Murasu, Encik T. Rajasegar dan Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong. - Foto TM
Satu-satunya akhbar bahasa Tamil di Singapura, Tamil Murasu (TM), menganjurkan majlis Murasu 360 bagi menutup tirai Festival Bahasa Tamil (TLF) 2026 di Kelab Perkhidmatan Awam (CSC) di Tessensohn Road, berdekatan Farrer Park, pada 26 April.
Ini merupakan kali pertama majlis seumpama itu diadakan untuk menyingkap detik-detik penting semasa TLF, yang berlangsung selama sebulan bermula 29 Mac.
Laporan berkaitan
Shazza ‘wajah’ BH dalam kempen terbaru dekati golongan mudaDec 26, 2025 | 3:20 PM
Janil: Kaum, agama kekal penting dalam bangun identiti S’puraOct 1, 2025 | 6:57 PM

