Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki di Tonga hadiri Mesyuarat Pemimpin Forum Kepulauan Pasifik

Aug 28, 2024 | 12:08 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, bersama pengerusi  Forum Kepulauan Pasifik (PIF) dan Perdana Menteri Tonga, Encik Siaosi Sovaleni, ketika menghadiri Mesyuarat Pemimpin PIF di di Nuku’alofa, Tonga pada 26-30 Ogos.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, bersama pengerusi  Forum Kepulauan Pasifik (PIF) dan Perdana Menteri Tonga, Encik Siaosi Sovaleni, ketika menghadiri Mesyuarat Pemimpin PIF di di Nuku’alofa, Tonga pada 26-30 Ogos. - Foto FACEBOOK DR MALIKI OSMAN

Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, kini berada di Nuku’alofa, Tonga, bagi mewakili Singapura di Mesyuarat Pemimpin Forum Kepulauan Pasifik (PIF), yang berlangsung 26-30 Ogos.

Ini merupakan kali kedua Singapura menghadiri mesyuarat itu sebagai rakan dialog.

Semasa di edisi ke-53 mesyuarat itu, Dr Maliki bertemu dengan beberapa pemimpin PIF.

Mereka termasuk pengerusi PIF dan Perdana Menteri Tonga, Encik Siaosi Sovaleni; Perdana Menteri Papua New Guinea, Encik James Marape; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar New Zealand, Winston Peters; dan Menteri Ehwal Luar Tuvalu, Paulson Panapa.

Dalam satu posnya di Facebook pada 27 Ogos, Dr Maliki berkata: “Kami mengesahkan hubungan dua hala masing-masing yang kukuh dan membincangkan cabaran bersama seperti perubahan iklim dan keselamatan makanan.”

Dr Maliki juga bertemu dengan pegawai Tonga yang menyertai Program Kerjasama Singapura (SCP) dan gembira pengalaman daripada program itu telah memberi manfaat kepada tugas mereka.

“Singapura kekal komited sepenuhnya untuk menyokong perjalanan pembangunan rakan-rakan Pasifik kita.

“Mengharapkan perbincangan dengan pemimpin PIF esok mengenai isu-isu penting seperti perubahan iklim dan membina daya tahan serta komitmen Singapura untuk menjadi rakan dialog yang membina PIF,” tambah Dr Maliki.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg