Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki hadiri Simposium Haji Perdana

Jun 11, 2024 | 3:56 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan) (kiri), mengucapkan terima kasih kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, atas layanan mesra yang diberikan kepada rombongan haji Singapura 2024.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan) (kiri), mengucapkan terima kasih kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, atas layanan mesra yang diberikan kepada rombongan haji Singapura 2024. - Foto FACEBOOK DR MALIKI OSMAN

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), telah selamat tiba di Jeddah pada 10 Jun.

Sebagai Ketua Rombongan haji bagi 2024, Dr Maliki hadir untuk Simposium Haji Perdana atau Grand Hajj Symposium di ibu pejabat Dewan Makkah untuk bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, selaku tuan rumah simposium itu.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 11 Jun, beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Dr Tawfiq atas layanan mesra yang diberikan kepada rombongan haji Singapura dan turut mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Saudi atas penganjuran Haji 2024 yang luar biasa.

“Operasi yang lancar dan perancangan yang teliti telah benar-benar memberi kesan yang besar kepada pengalaman jemaah haji setakat ini.

“Singapura menyokong penuh dedikasi kerajaan Saudi untuk memastikan keselamatan dan kebajikan semua jemaah haji, dan kami menantikan perjalanan haji yang diberkati dan memuaskan,” kata Dr Maliki dalam hantaran Facebook itu.

Dr Maliki juga amat berbesar hati untuk bertemu dengan Mufti Besar Mesir, Shaikh Dr Shawki Ibrahim Abdel-Karim Allam, yang terakhir beliau temui di Singapura semasa menghadiri Persidangan Fatwa, yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

“Turut berbesar hati dapat bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang mengetuai rombongan haji Malaysia serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan,” tambah Dr Maliki.

Rombongan pertama Singapura, seramai 109 anggota jemaah yang merangkumi 31 orang daripada Noor Mohamad Services & Travel, dan 78 orang daripada Halijah Travels telah berangkat untuk menunaikan ibadah haji pada 3 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg