Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki sampaikan takziah kepada Iran susuli serangan pengganas

Jan 6, 2024 | 6:42 PM
SERANGAN PENGGANAS: Sekurang-kurangnya 100 orang dipercayai terbunuh dalam serangan di Kerman, bandar di selatan Iran pada 3 Januari.
SERANGAN PENGGANAS: Sekurang-kurangnya 100 orang dipercayai terbunuh dalam serangan di Kerman, bandar di selatan Iran pada 3 Januari. - Foto AFP

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), telah mengirim surat takziah kepada Dr Hossein Amir Abdollahian, Menteri Ehwal Luar Iran, pada 5 Januari atas serangan pengganas di bandar Kerman.   

Dalam surat itu, Dr Maliki menyampaikan ucapan takziah berhubung serangan bom di Kerman pada 3 Januari. 

“Saya berasa simpati terhadap keluarga mangsa. Saya juga berharap mereka yang cedera akan pulih dengan cepat.

“Singapura mengutuk keras tindakan pengganasan itu,” tulis beliau.

Kumpulan militan IS telah mengaku bertanggungjawab ke atas dua letupan di bandar Iran itu, yang membunuh hampir 100 orang dan mencederakan ratusan yang lain semasa upacara peringatan bagi komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani, yang maut dalam serangan dron Amerika Syarikat pada 2020.

Melalui satu kenyataan yang disiarkan di saluran Telegram sekutu mereka, kumpulan militan itu mengatakan dua anggotanya telah meletupkan tali pinggang peledak di tengah-tengah khalayak yang berkumpul di upacara di tanah perkuburan di Kerman, tenggara Iran, pada 3 Januari.

Terdahulu Iran menyalahkan Israel dan Amerika atas letupan bom kembar itu, yang berlaku di tengah-tengah ketegangan tinggi di Asia Barat berhubung perang Israel-Hamas di Jaluran Gaza dan pembunuhan seorang pemimpin kanan Hamas di Lebanon.

Serangan di Iran itu mencetuskan kebimbangan konflik di Gaza akan merebak di rantau itu, menggegarkan pasaran global, dengan harga minyak melonjak lebih 3 peratus, dan mencetuskan kecaman peringkat sejagat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg