Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki: S’pura perkukuh ikatan dengan Minas Gerais

Jul 26, 2024 | 6:24 PM
Dr Maliki (dua dari kanan) turut berpeluang mengadakan lawatan ke Muzium Lombong dan Logam.
Dr Maliki (dua dari kanan) turut berpeluang mengadakan lawatan ke Muzium Lombong dan Logam. - Foto FACEBOOK DR MALIKI OSMAN

Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata Singapura mengesahkan komitmen memperkukuh hubungan antara Singapura dengan Minas Gerais, salah sebuah negeri di tenggara Brazil.

Ini hasil pertemuannya dengan Setiausaha Perbandaran bagi Perancangan, Belanjawan, dan Pengurusan Belo Horizonte (ibu kota Minas Gerais), Encik Andre Reis; Presiden Persekutuan Pertanian Minas Gerais, Encik Antonio Pitangui de Salvo, Presiden Persekutuan Perindustrian Minas Gerais, Encik Flavio Roscoe dan Pengarah Pengurusan serta Perniagaan Baru di Invest Minas, Encik Gustavo Garcia. Pertemuan berlangsung pada 25 Julai.

Dalam catatan Facebook beliau pada 26 Julai, Dr Maliki yang berada di Brazil sebagai sebahagian daripada lawatan kerjanya berkata:

“Kami mengesahkan komitmen untuk memperkukuh ikatan antara Singapura dengan Minas Gerais dan membincangkan tentang potensi untuk meningkatkan kerjasama dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam inovasi, kemampanan, dan perancangan bandar.”

Minas Gerais adalah negeri kedua paling ramai penduduk di Brazil dan negeri ketiga terkaya berdasarkan Hasil Dalam Negeri (GDP).

Ia terkenal kerana sumber galiannya dan seni bina kolonial yang menarik.

Minas Gerais juga menempatkan syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura seperti Olam, Meinhardt dan Profileprint.

Sebelum ini Dr Maliki berada di Rio Janeiro, Brazil, untuk menghadiri mesyuarat di Sidang Kemuncak G20 dari 22 hingga 24 Julai atas undangan Kepresidenan G20 Brazil 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg