Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mantan dekan NUS dan saintis politik terkenal K.J. Ratnam meninggal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan dekan NUS dan saintis politik terkenal K.J. Ratnam meninggal

Mar 14, 2024 | 04:11 PM



Mantan dekan dan ketua Jabatan Sains Politik Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Emeritus Datuk K.J. Ratnam, meninggal dunia pada 10 Mac, pada usia 88 tahun.

NUS, yang mengumumkan perkara itu di laman webnya pada 13 Mac, menyifatkan Profesor Ratnam sebagai pakar sains politik, pendidik dan cendekiawan yang terkenal.

“Seorang saintis politik terkemuka yang pakar dalam politik Malaysia dan hubungan kaum, Profesor Ratnam adalah profesor termuda dalam generasinya,” menurut NUS.

Profesor Ratnam adalah anggota penting Jabatan Sains Politik di Universiti Malaya di Singapura apabila ia ditubuhkan pada 1961.

Beliau menjadi ketua jabatan itu pada 1965, tambah NUS.

Presiden NUS, Profesor Tan Eng Chye, menyampaikan ucapan takziah, sambil menghargai “kerja berkesan Profesor Ratnam dalam bidang sains politik dan akademik yang telah membangunkan beberapa generasi pemimpin,” lapor The Straits Times (ST).


Dari 1965 hingga 1970, Profesor Ratnam berkhidmat sebagai ketua Jabatan Sains Politik di Universiti Singapura, yang kini dikenali sebagai NUS.

Pada April 1966, ST melaporkan bahawa Profesor Ratnam, yang ketika itu berusia 30 tahun, dilantik sebagai dekan Fakulti Sains Sosial universiti yang baru ditubuhkan itu.

“Saya amat sedih mendengar pemergian bekas rakan sekerja kami… seorang saintis politik, pendidik dan cendekiawan yang amat dihormati, Profesor Ratnam memainkan peranan penting dalam memupuk, selama beberapa dekad, generasi pemimpin dalam kedua-dua bidang awam dan swasta di Singapura, Malaysia dan (negara) lain,” tambah Profesor Tan.

Profesor Ratnam dihormati dalam kalangan ahli akademik kerana komitmen beliau terhadap penyelidikan menyeluruh dan sumbangannya kepada wacana akademik.

Menurut Profesor Tan, kehilangan Profesor Ratnam turut dirasai oleh beberapa generasi pelajar bidang sains sosial yang mengingati semangat beliau mengajar dan bimbingannya yang memberi inspirasi.

Profesor Chan Heng Chee, bekas ketua Jabatan Sains Politik di Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan di NUS, amat menghargai bimbingan Profesor Ratnam semasa beliau adalah mahasiswi Universiti Malaya di Singapura dahulu.

Profesor Ratnam turut membimbingnya apabila beliau menyertai Jabatan Sains Politik pada 1967, dan semasa beliau memburu ijazah kedoktorannya.

“K. J. Ratnam meninggalkan kesan berpanjangan kepada saya. Banyak perkembangan intelek dan keterbukaan fikiran saya disebabkan beliau,” kata Profesor Chan, yang juga Duta Besar dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan anggota Lembaga Pemegang Amanah NUS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >