Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MAS laksana langkah baru lindungi pengguna token digital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS laksana langkah baru lindungi pengguna token digital

Apr 02, 2024 | 07:44 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melaksanakan beberapa langkah baru untuk mengelakkan penyedia khidmat token pembayaran digital (DPT) daripada kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Pada 2 April, ia meminda Akta Perkhidmatan Pembayaran dan perundangan subsidiari untuk meluaskan skop khidmat pembayaran di bawah peraturan bank pusat itu.

Langkah tersebut bertujuan meningkatkan perlindungan pengguna dan kestabilan kewangan dengan mengenakan lebih banyak keperluan kepada penyedia khidmat DPT.

Langkah baru itu diperkenalkan sehari selepas MAS mengumumkan satu wadah digital berpusat, yang dikenali sebagai Cosmic, singkatan bagi Perkongsian Maklumat dan Kes Kolaboratif Pengubahan Wang Haram/Pembiayaan Keganasan, yang bertujuan memerangi pembiayaan haram dan pengubahan wang haram, lapor The Straits Times (ST).


Akta Perkhidmatan Pembayaran itu merangkumi tiga lagi kegiatan di bawah peraturannya:

* Penyediaan khidmat penjagaan bagi DPT;

* Mudahkan penghantaran DPT antara akaun dan mudahkan pertukaran DPT, walaupun penyedia khidmatnya tidak memiliki wang atau DPT; dan

* Mudahkan pemindahan wang rentas sempadan antara negara berbeza, walaupun wang berkenaan tidak diterima di Singapura.

Kesemua pindaan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat mulai 4 April.

MAS berkata entiti perniagaan yang kini menjalankan kegiatan di bawah skop yang diperluaskan itu akan disediakan aturan bagi peralihan.

“Entiti sedemikian mesti memaklumkan MAS dalam tempoh 30 hari, dan menyerahkan permohonan lesen dalam tempoh enam bulan mulai 4 April, jika mereka ingin meneruskan kegiatan ini secara sementara, sedang MAS menyemak permohonan lesen mereka.

“Permohonan lesen ini mesti disertakan laporan pengesahan mengenai kegiatan perniagaan entiti berkenaan dan pematuhan kepada keperluan mencegah pengubahan wang haram dan menentang pembiayaan keganasan, yang dilengkapkan oleh juruaudit luar berkelayakan, dalam tempoh sembilan bulan dari 4 April,” kata MAS.

MAS menambah bahawa entiti perniagaan yang tidak memenuhi keperluan itu perlu menghentikan kegiatannya apabila pindaan itu berkuat kuasa.

Pindaan kepada perundangan subsidiari Akta Perkhidmatan Pembayaran, iaitu Peraturan Perkhidmatan Pembayaran, akan berkuat kuasa enam bulan dari 4 April.

Ia akan memberi tumpuan kepada usaha melindungi aset pelanggan penyedia khidmat DPT, termasuk meletakkan aset dalam akaun amanah untuk manfaat pelanggan, memastikan buku akaun dan rekod disimpan dengan betul, serta memastikan sistem dan kawalan berkesan disediakan bagi melindungi kewibawaan dan keselamatan aset.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >