Masa ketibaan bas sedang diperbaiki, pulihkan sistem

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masa ketibaan bas sedang diperbaiki, pulihkan sistem

Jeffrey Siow: Sebahagian besar kerja pemulihan libat kemas kini manual pada perisian
Feb 9, 2026 | 7:43 PM

Masa ketibaan bas sedang diperbaiki, pulihkan sistem

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapura, bas, bus, arrival times, application, aplikasi, Jeffrey Siow
Waktu ketibaan bas di papan perhentian dan aplikasi tidak tepat sejak 10 Januari. - Foto fail

Pihak berkuasa kini “hanya menyelesaikan perkara terakhir” dalam usaha memulihkan sepenuhnya waktu ketibaan bas, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, pada 9 Februari.

Menjawab soalan media semasa temu bual mengenai penambahan laluan terbaru dalam Program Peningkatan Khidmat Bas (BCEP), Encik Siow berkata sebahagian besar kerja pemulihan sistem, yang menghadapi masalah kira-kira sebulan lalu, melibatkan kemas kini manual pada perisian tegar atau perisian tetap. 

Dalam beberapa kes, ia melibatkan penggantian alat pemancar pada bas yang terjejas.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebelum ini menyatakan kemas kini manual perlu dilakukan pada 4,000 bas.

Sehingga akhir 2025, terdapat 6,067 bas awam.

Paparan waktu ketibaan bas pada papan perhentian dan aplikasi telah menghadapi masalah sejak 10 Januari, disebabkan pengumpulan cache memori dalam sistem beberapa bas.

Dalam keadaan normal, cache menyimpan data yang kerap digunakan supaya maklumat boleh diambil dengan lebih pantas.

Namun, apabila cache menyimpan semakin banyak data, sistem boleh menjadi perlahan dan dalam beberapa kes, mengalami gangguan atau terhenti.

Pihak berkuasa sebelum ini mengumumkan tarikh jangkaan pemulihan pada 26 Januari, sebelum menundanya kepada awal minggu 2 Februari.

LTA bagaimanapun berkata pada 7 Februari bahawa waktu ketibaan bas telah dipulihkan melebihi 90 peratus, namun masih belum pulih sepenuhnya.

“Ia adalah proses manual.

“Mereka perlu pergi ke serata Singapura – dan hanya boleh dilakukan pada waktu malam apabila bas tidak beroperasi, jadi ia mengambil masa,” kata Encik Siow.

Menekankan jumlah sumber yang digunakan secara “intensif”, Encik Siow menambah:

“Selepas usaha ini dijalankan, saya rasa kita hampir kembali normal dan sistem sepatutnya sudah berfungsi dengan baik.”

Apabila ditanya mengapa cache memori sistem tidak dikosongkan secara berkala, beliau berkata berdasarkan pemahamannya, sistem cuba menghantar isyarat ke pelayan tetapi tidak mendapat respons, yang menyebabkan pengumpulan cache memori dalam sistem dalam kenderaan yang terdapat pada beberapa bas.

Beliau menjelaskan ia seperti menerima e-mel ‘out-of-office’ (tiada-di-pejabat) selepas menghantar e-mel, yang mana pertukaran mesej itu menyebabkan memori sistem penuh.

Mengiktiraf kerja keras yang dilakukan untuk memulihkan sistem sepanjang beberapa minggu lalu, Encik Siow berkata sistem kini “hampir kembali normal”, sambil menambah operasi bas tidak terjejas.

“Saya tahu ramai penumpang menggunakan sistem waktu ketibaan bas untuk anggaran masa perjalanan yang baik dan saya tahu mereka terjejas dan mengalami kesulitan,” katanya.

“Namun perkara baiknya, kami telah memulihkan sistem ke tahap sepatutnya dan akan terus meningkatkan ketersediaan dan ketepatan sistem dari semasa ke semasa.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg