Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Gencatan senjata mudahkan akses bantuan kemanusiaan ke Palestin

Jan 16, 2025 | 7:58 PM
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menyampaikan kenyataan di pejabat Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 16 Januari.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menyampaikan kenyataan di pejabat Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 16 Januari. - Foto BH oleh SYAHEERA AZLAN

Persetujuan gencatan senjata antara Israel dengan Hamas membolehkan akses kepada bantuan akhirnya diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Demikian dikatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di pejabat Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 16 Januari.

Beliau turut melahirkan rasa gembira terhadap perkembangan terkini itu kerana “telah lama kita melihat bagaimana rakyat Palestin telah merasakan dukacita dan juga bencana dalam konflik antara Hamas dengan Israel”.

“Singapura selalu menekankan pentingnya akses bantuan kepada mereka yang merana kerana bencana ini dan kini kita dapat menyampaikannya (bantuan) dengan sungguh-sungguh dan dengan cepat.

“RLAF (Yayasan Rahmatan Lil Alamin) telah lama mengumpul dana untuk disampaikan kepada mangsa bencana tersebut dan inilah waktunya, dengan adanya gencatan senjata, RLAF dengan badan-badan yang berkaitan dengannya dapat memberikan bantuan makanan, perubatan dan juga apa sahaja yang diperlukan mangsa bencana konflik tersebut,” ujar beliau.

Sejauh ini Singapura telah berjaya mengumpulkan $18 juta untuk digunakan bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas akibat peperangan lebih setahun itu.

“Moga semua bantuan ini dapat sedikit sebanyak meringankan lagi beban yang dirasa oleh mangsa bencana tersebut...doa kami adalah supaya rakyat Palestin dapat merasakan keamanan yang berkekalan,” tambah Encik Masagos lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg