Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Keharmonian sosial S’pura dipacu semangat saling hormat

Sep 12, 2024 | 9:32 PM
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kanan), berinteraksi dengan pemimpin Kota Vatican yang juga ketua Gereja Katolik, Paus (Pope) Francis, dan disaksikan Presiden Tharman Shanmugaratnam (dua dari kanan), di Bangunan Parlimen pada 12 September.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kanan), berinteraksi dengan pemimpin Kota Vatican yang juga ketua Gereja Katolik, Paus (Pope) Francis, dan disaksikan Presiden Tharman Shanmugaratnam (dua dari kanan), di Bangunan Parlimen pada 12 September. - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI

Keharmonian sosial yang dinikmati Singapura pada hari ini dipacu oleh semangat keterbukaan dan saling menghormati, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Nilai sedemikian membuat Singapura sangat istimewa dan ini bukanlah sesuatu yang seharusnya diambil mudah, tambahnya.

Encik Masagos berkata demikian dalam satu catatan Facebook menyusuli ucapan Presiden Tharman Shanmugaratnam dan pemimpin Kota Vatican yang juga ketua Gereja Katolik, Paus (Pope) Francis, di Pusat Budaya Universiti, Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 10.30 pagi, 12 September.

Encik Masagos juga merupakan antara barisan menteri yang menyambut ketibaan Paus Francis di Bangunan Parlimen terdahulu pada 9 pagi, yang menyaksikan bunga orkid, Dendrobium His Holiness Pope Francis, dinamakan sempena lawatan pemimpin Kota Vatican itu.

“Nilai inklusiviti dan yang berteraskan kekeluargaan turut diutarakan (oleh Paus Francis dan Tuan Presiden) – ini merupakan tunggak usaha yang sedang kami lakukan.

“Bersama-sama dengan warga Singapura yang lain, saya pasti kita akan terus berusaha ke arah membina masyarakat yang harmoni dan inklusif untuk semua keluarga.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg