Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan melawat Republik Demokratik Rakyat Lao dari 11 hingga 13 Ogos 2024.
Beliau ke sana mewakili Singapura di Majlis Masyarakat Sosiobudaya Asean (ASCC) Mesyuarat Peringkat Tinggi di Vientiane, yang akan berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos 2024.
Mesyuarat tersebut, yang diadakan bersama tokoh terkemuka ASCC, anggota parlimen, dan badan sektor menteri ASCC menyasarkan untuk melakarkan masa depan ASCC di peringkat serantau dan global, menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 12 Ogos.
Ia termasuk pembangunan Pelan Strategik ASCC Pasca-2025.
Dalam pada itu, mesyuarat tersebut akan memanfaatkan keunikan dan kepelbagaian rantau ini, serta peluang dan perkongsian lama Asean, dan hubungan diplomatik untuk menempa masa hadapan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg