Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos temu pegawai Thailand, Filipina dalam lawatan

Jun 10, 2024 | 6:22 PM
Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bakal melawat Filipina dan Thailand dari 10 hingga 13 Jun 2024.
Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad bakal melawat Filipina dan Thailand dari 10 hingga 13 Jun 2024. - Foto fail

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan melawat Filipina dan Thailand dari 10 hingga 13 Jun 2024.

Encik Masagos akan ditemani Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, serta pegawai lain.

Lawatan tersebut adalah sebahagian persiapan bagi Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang, kata Muis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 10 Jun.

Semasa lawatannya ke dua negara Asia itu, Encik Masagos akan bertemu beberapa pegawai dan personaliti terkemuka.

Di Filipina, beliau dijadual bertemu dengan Penasihat Presiden tentang Hal Ehwal Muslim, Encik Almarim Centi Tillah, dan Pengerusi Jawatankuasa Senat mengenai Masyarakat Budaya dan Hal Ehwal Muslim, Senator Robinhood Padilla.

Di Thailand pula, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Kesihatan, dijadual bertemu dengan Menteri Kehakiman Thailand, Encik Tawee Sodsong, dan Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat Thailand, Encik Wan Muhamad Noor Matha.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg