Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Masa depan serantau lebih inklusif, mampan dibincang dalam mesyuarat Asean

Aug 15, 2024 | 12:42 PM
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (tujuh dari kanan) mewakili Singapura di Mesyuarat Peringkat Tinggi Majlis Masyarakat Sosiobudaya Asean, yang berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos di Vientiane, Laos.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (tujuh dari kanan) mewakili Singapura di Mesyuarat Peringkat Tinggi Majlis Masyarakat Sosiobudaya Asean, yang berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos di Vientiane, Laos. - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI

Trend dan pendekatan baru bertujuan membuka jalan bagi masa depan lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan untuk penduduk serantau dibincangkan pemimpin Majlis Masyarakat Sosiobudaya Asean (ASCC) baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos baru sahaja pulang dari Vientiane, Laos, selepas mewakili Singapura di Mesyuarat Peringkat Tinggi ASCC, yang berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos lalu.

Mesyuarat tersebut, yang diadakan bersama tokoh terkemuka ASCC, anggota parlimen, dan badan sektor menteri ASCC menyasarkan untuk melakarkan masa depan ASCC di peringkat serantau dan global.

Ia termasuk pembangunan Pelan Strategik ASCC Pasca-2025.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada pertukaran berharga yang membina keunikan dan kepelbagaian rantau kita, serta perkongsian dan hubungan diplomatik Asean yang telah lama terjalin,” kata Encik Masagos dalam catatannya di Facebook pada 13 Ogos. 

Mesyuarat itu adalah yang pertama diadakan pada 2024 di bawah pimpinan Laos sebagai. pengerusi Asean.

Encik Masagos ditemani Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Encik Gan Thiam Poh, semasa menghadiri mesyuarat itu.

Encik Gan, dalam catatannya di Facebook pada 13 Ogos, berkata mesyuarat itu “menyediakan peluang yang baik untuk berkongsi, belajar dan membina hubungan dengan rakan sekerja dan rakan parlimen serantau kami.

Majlis ASCC ialah salah satu daripada tiga Majlis Masyarakat Asean. Dua lagi ialah Majlis Masyarakat Politik-Keselamatan Asean dan Majlis Masyarakat Ekonomi Asean.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg