Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentuh isu sosial masyarakat Melayu/Islam, sesi dialog wadah baik kongsi pandangan

May 25, 2024 | 5:30 AM
Para peserta yang terdiri daripada lebih 30 asatizah dan pelajar dari institut pendidikan agama dan madrasah sepenuh masa memberikan pandangan mengenai topik berkenaan wakaf masyarakat Singapura, isu keharmonian agama dan juga kesihatan mental dalam ‘Dialog Masyarakat Berita Harian’ yang diadakan pada 17 Mei di bangunan SPH Media. 
Para peserta yang terdiri daripada lebih 30 asatizah dan pelajar dari institut pendidikan agama dan madrasah sepenuh masa memberikan pandangan mengenai topik berkenaan wakaf masyarakat Singapura, isu keharmonian agama dan juga kesihatan mental dalam ‘Dialog Masyarakat Berita Harian’ yang diadakan pada 17 Mei di bangunan SPH Media.  - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA 

Topik yang dibincangkan sewaktu sesi Dialog Masyarakat Berita Harian (BH) merupakan satu wadah penting kerana menyentuh tentang isu-isu sosial yang sering membelenggu masyarakat Melayu/Islam di sini.

Beberapa peserta yang ditemui BH selepas acara tersebut berkata Dialog Masyarakat ini merupakan wadah yang baik untuk berkongsi pandangan yang berbeza daripada peserta berlainan latar belakang dan juga dengan pemimpin masyarakat.

Lebih 30 asatizah dan pelajar dari institut pendidikan agama dan madrasah sepenuh masa turut serta dalam sesi dialog yang diadakan pada 17 Mei di bangunan SPH Media di Toa Payoh.

Peserta yang hadir telah melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan fokus yang mengupas isu-isu berkenaan wakaf masyarakat Singapura, isu keharmonian agama serta kesihatan mental.

Peserta yang hadir telah melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan fokus yang mengupas isu-isu berkenaan wakaf masyarakat Singapura, isu keharmonian agama serta kesihatan mental.
Peserta yang hadir telah melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan fokus yang mengupas isu-isu berkenaan wakaf masyarakat Singapura, isu keharmonian agama serta kesihatan mental. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Konsultan bahagian pendidikan Islam dan pengasas Anise Consultancy and Services, Ustazah Dr Siti Nur Alaniah Abdul Wahid, berpendapat bahawa dialog masyarakat ini merupakan satu wadah yang baik kerana ia dapat menyatukan pelbagai peringkat dalam masyarakat. 

Watch on YouTube

“Kita dapat lihat dari sudut pendapat dan pandangan yang diberikan oleh peserta sewaktu perbincangan, terdapat kepelbagaiannya di situ,” ujarnya.

Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustazah Kalthom Muhammad Isa, pula berpendapat bahawa ketiga-tiga topik yang diketengahkan merupakan perkara yang sangat dekat di hati masyarakat. 

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang agama dan dakwah di Singapura dan telah berkhidmat kepada masyarakat berkata menerusi dialog tersebut, ia juga memberinya peluang untuk memahami keperluan para pelajar dan belia ketika ini.

“Berbanding 25 tahun yang lalu, kita dapat lihat isu berbeza yang timbul. Dengan perbincangan yang diadakan ini, kita juga dapat tahu apa pandangan generasi baru terhadap tiga topik ini.

“Ia juga satu peluang keemasan bagi asatizah, tidak kira kepakaran yang mereka ada ataupun daripada generasi yang mana, untuk sering bekerjasama dan sentiasa mendekati anak-anak muda kita tentang cabaran yang sedang berlaku,” kata Ustazah Kalthom. 

Selama hampir tiga jam, para peserta yang hadir dalam siri dialog anjuran BH itu telah memberikan pandangan, idea dan maklum balas kepada dasar-dasar tertentu pemerintah. Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; dan AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah yang hadir selaku anggota panel, mengambil peluang ini untuk menerangkan dasar-dasar serta pendekatan yang telah diambil bagi isu-isu tersebut.

(Dari kiri) Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah; AP GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menjawab beberapa persoalan dari para peserta sewaktu Dialog Masyarakat BH pada 17 Mei. Bersama mereka adalah moderator dialog Timbalan Editor Berita, Cik Nur Adilah Mahbob.
(Dari kiri) Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah; AP GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menjawab beberapa persoalan dari para peserta sewaktu Dialog Masyarakat BH pada 17 Mei. Bersama mereka adalah moderator dialog Timbalan Editor Berita, Cik Nur Adilah Mahbob. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Perbincangan dialog tersebut dikemudi Timbalan Editor Berita, Cik Nur Adilah Mahbob, sebagai moderator.

Pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, Nur Syafiqah Nordin akur bahawa isu-isu yang membelenggu masyarakat turut mendapat perhatian sebahagian besar pelajar madrasah. 

Pelajar berusia 19 tahun itu berkata menerusi wadah seperti dialog masyarakat ini, ia dapat membuka peluang untuk mereka menyuarakan pandangan mereka. 

Para peserta bertukar-tukar pandangan, idea dan memberi maklum balas kepada dasar-dasar tertentu pemerintah.
Para peserta bertukar-tukar pandangan, idea dan memberi maklum balas kepada dasar-dasar tertentu pemerintah. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

“Belia sekarang ingin ambil tahu (tentang isu-isu semasa) agar mereka dapat menangani semua masalah-masalah ini dan membuat persiapan untuk masa hadapan. 

“Perkara ini sepatutnya perlu diketahui (para pelajar) kerana jika mereka tidak tahu tentang hal ehwal Singapura atau isu-isu hangat yang menjejas masyarakat kita, mereka tidak akan tahu bagaimana untuk memimpin masyarakat kita pada ketika ini atau di masa hadapan,” ujarnya.

“Kita dapat lihat dari sudut pendapat dan pandangan yang diberikan oleh peserta sewaktu perbincangan, terdapat kepelbagaiannya di situ.” 
Ustazah Dr Siti Nur Alaniah Abdul Wahid, Konsultan bahagian pendidikan Islam dan pengasas Anise Consultancy and Services.

“Berbanding 25 tahun yang lalu, kita dapat lihat isu berbeza yang timbul. Dengan perbincangan yang diadakan ini, kita juga dapat tahu apa pandangan generasi baru terhadap tiga topik ini. Ia juga satu peluang keemasan bagi asatizah, tidak kira kepakaran yang mereka ada ataupun daripada generasi yang mana, untuk sering bekerjasama dan sentiasa mendekati anak-anak muda kita tentang cabaran yang sedang berlaku.” 
Ustazah Kalthom Muhammad Isa, Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).

“Belia sekarang ingin ambil tahu (tentang isu-isu semasa) agar mereka dapat menangani semua masalah-masalah ini dan membuat persiapan untuk masa hadapan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui (para pelajar) kerana jika mereka tidak tahu tentang hal ehwal Singapura atau isu-isu hangat yang menjejas masyarakat kita, mereka tidak akan tahu bagaimana untuk memimpin masyarakat kita pada ketika ini atau di masa hadapan.” 
Nur Syafiqah Nordin, pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg