Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid, agensi pelancongan kumpul dana melalui umrah

Sep 28, 2025 | 6:59 PM
Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Encik Zuraimi Abdul Basheer dan Pengarah Travelwave, Cik Masmunah Abdullah melaksanakan majlis menandatangani sijil komitmen untuk pengumpulan dana menerusi projek “Umrah Beribadah Sambil Beramal” pada 26 September di Mamanda yang terletak di Boon Lay Way.
Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Encik Zuraimi Abdul Basheer dan Pengarah Travelwave, Cik Masmunah Abdullah melaksanakan majlis menandatangani sijil komitmen untuk pengumpulan dana menerusi projek “Umrah Beribadah Sambil Beramal” pada 26 September di Mamanda yang terletak di Boon Lay Way. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Masjid Ar-Raudhah dan agensi pelancongan, Travelwave, telah melancarkan inisiatif pengumpulan dana menerusi projek “Umrah Beribadah Sambil Beramal” dengan mengadakan majlis menandatangani sijil komitmen pada 26 September di Restoran Mamanda yang terletak di Boon Lay Way.

Sasaran bagi inisiatif itu adalah untuk menjana sekitar $70,000 dalam tempoh setahun dari pelancarannya untuk disalur ke dana naik taraf Masjid Ar-Raudhah.

Dalam ucapannya semasa majlis menantangani sijil komitmen tersebut. Pengarah Travelwave, Cik Masmunah Abdullah, berkata:

“Tahun ini, kami melangkah lebih jauh dengan satu projek bermakna, Umrah Beribadah sambil Beramal, hasil kerjasama Travelwave dengan Masjid Ar-Raudhah. Melalui projek ini, sebanyak $300 daripada setiap pakej umrah akan disalurkan ke tabung khas bagi menaik taraf kemudahan dan membaiki masjid.”

Cik Masmunah menambah bahawa inisiatif itu merupakan susulan kepada usaha mengumpul dana dengan kerjasama Masjid Ar-Raudhah semasa Majlis Perjumpaan Hari Raya 2024 anjuran Travelwave.

Mengulas lanjut pertanyaan Berita Harian (BH), Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Encik Zuraimi Abdul Basheer, menjelaskan bahawa dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyokong pembinaan prasarana dan ruang solat bagi keselesaan jemaah, pembelajaran dan aktiviti komuniti.

“Usaha mengumpul dana untuk menaik taraf masjid amat penting, kerana ia bukan sekadar poses mengumpul wang, malah ia mengekalkan peranan masjid sebagai nadi rohani, sosial dan pendidikan masyarakat,” kata Encik Zuraimi.

Antara pembaharuan lain yang dirancang adalah pembinaan tandas baru di tingkat dua serta memperluaskan ruang solat.

Untuk dua tarikh umrah yang pertama pada Disember 2025 dan Januari 2026, mereka mengharapkan sekurang-kurangnya 20 jemaah mendaftarkan diri bagi setiap satu kumpulan sebelum tamat pendaftaran pada akhir November,.

Lebih banyak tarikh umrah dirancang untuk sepanjang 2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg