Topic followed successfully
Go to BHkuMasjid Al-Amin ingin luaskan pemeriksaan kesihatan warga emas di bawah CHP
Masjid Al-Amin ingin luaskan pemeriksaan kesihatan warga emas di bawah CHP
Apr 20, 2026 | 5:20 PM
Masjid Al-Amin ingin luaskan pemeriksaan kesihatan warga emas di bawah CHP
Pegawai perubatan NHG Health menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas jemaah wanita di Masjid Al-Muttaqin, salah satu masjid daripada dua masjid buat masa ini yang memberikan khidmat Pos Kesihatan Masyarakat (CHP). - Foto MASJID AL-MUTTAQIN
Masjid Al-Amin berhasrat memperluaskan jenis pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan buat warga emas di bawah inisiatif Pos Kesihatan Masyarakat (CHP) dengan memperkukuhkan kerjasama sedia ada bersama SingHealth.
Peluasan tersebut meliputi penilaian pada deria penglihatan, pendengaran dan pertuturan, antara lain, bagi mengesan sebarang kemerosotan pada peringkat awal dalam kalangan warga emas yang menetap di kawasan Telok Blangah – di mana terletaknya masjid itu.
Laporan berkaitan
200 penduduk Woodlands dijangka manfaat khidmat pemeriksaan kesihatan di Masjid An-Nur; Yusof IshakApr 20, 2026 | 5:10 PM
Khidmat Pos Kesihatan Masyarakat diperluas ke Masjid An-Nur, Yusof IshakMar 5, 2026 | 2:03 PM

