Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Al-Amin susun program dakwah beri nilai tambah kepada jemaah 

Apr 27, 2025 | 5:30 AM
MASJID AL-AMIN, Program Bicara Muslimah
Jemaah Muslimah sedang mengikuti salah satu ‘Program Bicara Muslimah’ yang diadakan di Masjid Al-Amin. - Foto MASJID AL-AMIN

Ramadan berlalu sudah dan Syawal hampir ke penghujungnya.

Selari dengan itu, Masjid Al-Amin sudah bersedia dengan program nilai tambah dan dakwah untuk jemaah masjid.

Menjelaskan hal ini, Ketua Jabatan Dakwah Masjid Al-Amin, Ustaz Muhammad Syafiee Mohamed Hassan, berkata:

“Banyak program dakwah yang telah kami susun, yang pertama ialah ‘Kajian Kitab Riyadhus Solihin’ bersama Habib Ali Zaenal Abidin, pendakwah terkenal dari Malaysia. Ia akan berlangsung pada Rabu, 30 April, selepas maghrib.

“Kitab Riyadhus Solihin” ialah kitab terkenal karangan Imam Nawawi yang menghimpunkan hadis Nabi Muhammad saw berkaitan akhlak, ibadah, dan amalan soleh dalam kehidupan harian

“Pada bulan Mei, kami akan mulakan kempen bulan Zulhijah. Kami juga menganjurkan ‘Forum Roadshow dengan tujuan menyebarkan dakwah kepada masyarakat Singapura di luar Masjid Al-Amin.”

Menurutnya, siri kedua ‘Forum Roadshow Masjid Al-Amin’ akan berlangsung di Masjid Al-Islah dengan judul ‘Menyahut Seruan-Mu’, pada Jumaat, 16 Mei, 7.30 malam.

Anggota panel yang akan menjayakan forum itu ialah Ketua Jabatan Dakwah Masjid Al-Islah, Ustaz Md Ridwan Sarmidi Putra, bersama seorang asatizah undangan khas.

Pemudah cara forum ialah Pegawai Dakwah Masjid Al-Amin, Ustaz Abdul Rashid Suhaimi.

Selain itu, turut disenaraikan ialah satu sesi perbincangan tertutup bersama, Ustazah Dr Sakinah Saptu, berjudul ‘Bicara Muslimah: Merindui Doa Seorang Ibu’.

Moderatornya Pegawai Dakwah Masjid Al-Amin, Ustazah Naszirah Abdul Kadir.

Sesi itu akan diadakan pada Sabtu, 17 Mei, dari 10 pagi hingga 11.30 pagi di dewan serba guna Masjid Al-Amin. Sesiapa yang berminat dipersilakan mengimbas kod QR yang tersedia.

Pada tarikh yang sama, akan diadakan juga forum bersempena Zulhijah dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di dewan solat utama Masjid Al-Amin.

Forum berjudul, ‘Sebelum Noktah Terakhir’, akan dijayakan oleh anggota panel seperti Ustaz Muhammad Syafiee, bersama seorang ustaz undangan khas dan moderatornya, Ustaz Abdul Rashid Suhaimi.

Pada Ahad 18 Mei pula, Masjid Al-Amin akan mengadakan majlis doa selamat bagi jemaah haji yang bakal berangkat ke tanah suci.

Majlis itu akan dipimpin oleh Ustaz TM Fawwaz TM Fouzy, Pengurus Persatuan Pembangunan Akhlak dan Insan (MHDS), Ustaz Muhammad Syafiee; Ustaz Abdul Rashid dan seorang ustaz undangan khas.

Majlis dijadual berlangsung dari 10 pagi hingga 11.30 pagi di dewan serba guna Masjid Al-Amin.

Beberapa program khas dan harian di Masjid Al-Amin sepanjang Mei:

1. Kursus Haji Dalam Bahasa Inggeris bersama Ustaz Haron Hassan Akhtar: Sabtu, 10 Mei, 10 pagi hingga 1 petang.

2. Kursus Fiqh Ibadah Korban & Akikah bersama Ustaz Lukmannul Hakeem Ahmad: Rabu 7 dan 14 Mei, 7.30 malam hingga 9.30 malam.

3. Kursus Alam Neraka bersama Ustaz Md Syafiee Md Hassan: Selasa 20 dan 27 Mei, 7.30 petang hingga 9.30 malam.

4. Kuliah harian, kuliah subuh, duha, zuhur dan malam.

5. Kelas Al-Quran harian dan majlis tahlil setiap bulan.

“Saya menyeru kepada jemaah masjid agar terus menyokong usaha dakwah Masjid Al-Amin.

“Dengan sokongan anda, dapatlah kita sama-sama menambah ilmu, amal serta nilai baik yang berterusan.

“Nantikan program dakwah kami pada bulan-bulan mendatang, melalui laman web Masjid Al-Amin atau di platform media sosial kami,” tambah Ustaz Muhammad Syafiee.

SEKILAS:

1. Layari pautan, https://alaminmosque.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2. Ikuti perkembangan masjid melalui media sosial seperti di laman Facebook – Masjid Al-Amin SG, Instagram – masjidalaminsg dan TikTok masjidalaminsg.

3. Hubungi talian 6272-5309 atau e-mel kepada alamin@alamin.mosque.sg untuk pertanyaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg