Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Al-Amin susun siri program dakwah dalam meniti akhir tahun 2025

Nov 22, 2025 | 5:30 AM
Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Amin, Encik Khalid Shukur Bakri, sentiasa memainkan peranan penting dalam menerajui usaha dakwah dan pembangunan ummah di Masjid Al-Amin.
Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Amin, Encik Khalid Shukur Bakri, sentiasa memainkan peranan penting dalam menerajui usaha dakwah dan pembangunan ummah di Masjid Al-Amin. - Foto MASJID AL-AMIN

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar tahun 2025 kini berada di penghujungnya. Sejajar dengan detik-detik terakhir tahun ini, Masjid Al-Amin telah menyusun siri program dakwah yang padat manfaat bertujuan memperkaya jiwa dan mengisi penutup tahun dengan amalan kebaikan.

Masjid Al-Amin mengajak jemaah masjid dan masyarakat Islam supaya bersama-sama mengakhiri 2025 ini dengan sikap penuh ketenangan, keredaan, dan amanah.

Mengangkat tema ‘Meniti Reda, Menyemai Ilmu dan Amanah, Menutup Tahun dengan Keimanan’, beberapa program dakwah yang telah disenaraikan diharap menjadi panduan bermanfaatkan dan inspirasi segar buat masyarakat Islam.

Antara program dakwah tersebut termasuklah usrah dan forum perdana. Ia menampilkan dua tokoh agama tersohor dari Malaysia, Penceramah Undangan, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah, Ustaz Umar Md Noor.  Tajuk perbincangan akan berkisar tentang pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat.

Satu program belia yang bertema ‘Taubat, Satu Resolusi’ juga akan dianjurkan, sebagai sokongan kepada kempen Dadah Itu Haram (DIH).  Pegawai Dakwah Masjid Al-Amin, Ustazah Naszirah Abdul Kadir, berkata:

“Melalui sokongan kempen Dadah Itu Haram, Masjid Al-Amin dapat meluaskan lagi peranan dakwah kepada golongan belia di luar konteks bilik darjah.”

Bagi Masjid Al-Amin, mengisi sisa akhir 2025 ini bukan sahaja tertumpu pada pembelajaran, malah pengukuhan rohani dan amalan soleh. Salah satu amalan yang digalakkan ialah memulakan hari dengan bersedekah.

Justeru, Masjid Al-Amin mengundang jemaah meraih keberkatan melalui program ‘Perhimpunan Subuh Perdana’, yang merangkumi qiamullail, solat subuh berjemaah, sedekah subuh serta tazkirah. Majlis ini akan diimamkan oleh Ustaz Ulul Azmi Siddiq Al-Pandani, sementara Pendakwah Bebas dan Pengarah Rubat Nur Tareem, Ustaz Md Mukhtar Habib Mohamed, akan menyampaikan tazkirah dalam bahasa Inggeris.

Masjid Al-Amin juga akan menganjurkan Majlis Tahlil Akbar malam pertama Rejab. Jemaah yang ingin menyertakan nama untuk dibacakan tahlil atau doa syifa boleh menghubungi masjid atau melayari laman web rasmi untuk maklumat lanjut. 

Pengerusi Kanan Eksekutif Masjid Al-Amin, Encik Khalid Shukur Bakri, berkata:

“Masjid Al-Amin tidak akan dapat menyediakan program ini tanpa sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat Islam Singapura. Semoga program ini akan terus memberikan manfaat dan suntikan semangat kebaikan untuk kita semua.”

Pegawai dakwah Masjid Al-Amin, Ustaz Abdul Rashid Suhaimi, pula menyeru agar jemaah hadir bersama keluarga ke program-program ini.

“Semoga baki hari-hari terakhir tahun ini menjadi kesempatan menyuburkan jiwa, seterusnya membawa kita menuju husnul khatimah, pengakhiran yang baik. Dan moga juga Allah menutupi segala kekurangan kita serta mengurniakan petunjuk-Nya,” ujar Ustaz Abdul Rashid Suhaimi.

SEKILAS

Berikut ialah senarai program di Masjid Al-Amin:

1. Siri Program bersama Ustaz Harryanto Rizal Rokman: Usrah Keluarga Besar Masjid

Tempat: Masjid Al-Amin, MPH

Tarikh: Sabtu, 22 November

Masa: 3.30 petang hingga 6 petang


2. Forum Perdana ‘Meredai dan Diredai Allah’

Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Khair

Tarikh: Sabtu, 22 November

Masa: 7.30 malam hingga 10 malam


3. Forum Perdana ‘Tiada Maaf Bagimu’

Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Amin

Tarikh: Ahad, 23 November

Masa: 10 pagi hingga 12.30 tengah hari 


4. Program bersama Ustaz Umar Md Noor: Forum Perdana ‘Hadis Pun Ada Yang Bercanggah?’

Tempat: Masjid Al-Amin

Tarikh: Sabtu, 6 Disember

Masa: 7.30 malam hingga 10 malam


5. AcaraNight Cycling, Taubah A Resolution’

Tarikh: Sabtu 6 Disember hingga Ahad 7 Disember

Masa: 9.20 malam hingga 6.30 pagi


6. Perhimpunan Subuh Perdana

Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Amin

Tarikh: Ahad, 7 Disember

Masa: 4 pagi hingga 7 pagi


7. Majlis Tahlil Akbar Sempena Malam 1 Rejab

Tempat: Dewan Solat Masjid Al-Amin

Tarikh: Ahad, 21 Disember 1 Rejab

Masa: 6.30 petang hingga 9 malam


SEKILAS II: 


* Layari https://alaminmosque.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.


* Ikuti perkembangan masjid melalui media sosial seperti di laman Facebook – Masjid Al-Amin SG, Instagram – masjidalaminsg dan TikTok – masjidalaminsg.


* Hubungi talian 6272-5309 atau e-mel kepada alamin@alamin.mosque.sg untuk pertanyaan lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg