Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Masjid anjur kempen derma darah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Masjid anjur kempen derma darah

Amalan derma darah sejajar dengan ajaran Islam
Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Dengan misi mahu mendekati masyarakat dan membantu ummah, Masjid Alkaff Kampung Melayu telah mengadakan kempen derma darah pada 24 Februari lalu.

Bagi menjayakannya, masjid ini telah bekerjasama dengan Palang Merah Singapura (SRC) serta sukarelawan Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat (C2E) di kawasan Eunos.

Bertempat di pekarangan masjid di Bedok Reservoir Road itu, sekitar 60 orang awam menghadirkan diri untuk acara tersebut. Malah, penderma bukan Islam juga turut menyokong kempen derma darah tersebut.

Menurut Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, sebelum ini, Masjid Alkaff Kampung Melayu telah mengadakan beberapa acara derma darah. Namun, ia terpaksa dihentikan kerana Covid-19. Sambutan yang diterima daripada orang ramai juga, cukup memberangsangkan.

Beliau berkata banyak kelebihan apabila seseorang menderma darah. Selain dapat membantu orang lain, menderma darah juga digalakkan dalam Islam.

“Amalan menderma darah adalah satu usaha yang mulia, serta mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya.

“Apabila kita lihat dalam Al-Quran sendiri, terdapat banyak ayat yang menitikberatkan pemeliharaan jiwa seperti yang terakam dalam Surah Al-Maidah, ayat 32 yang bermaksud: ‘Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan seluruh manusia.’

“Oleh itu, kami bertekad mahu menghidupkan semula kempen derma darah ini di Masjid Alkaff Kampung Melayu. Kali terakhir kami anjurkan kempen ini adalah pada 2019 sebelum Covid-19 melanda,” jelas Ustaz Mohd Taufiq.

Ustaz Mohd Taufiq memberitahu Berita Harian (BH), sebelum menderma, penderma perlu menjalani beberapa saringan ujian kesihatan, yang dilakukan pada hari tersebut. Setelah disahkan dan diperiksa oleh doktor yang bertugas, hanya mereka yang layak sahaja boleh meneruskan pendermaan darah mereka.


“Pengurusan doktor dan petugas kesihatan serta sukarelawan C2E dari Eunos juga membantu menguar-uarkan kempen ini kepada penduduk di kejiranan di Bedok Reservoir agar tampil menderma darah.

“Kami amat terharu apabila melihat sebilangan penderma yang bukan berbangsa Melayu atau beragama Islam yang turut hadir di masjid pada hari tersebut untuk menderma (darah). Ini menunjukkan semangat menghulurkan bantuan menjangkaui batasan bangsa ataupun agama di negara ini, dan mereka yang tampil juga merangkumi pelbagai latar belakang ” ujar Ustaz Mohd Taufiq.

Menurut Ustaz Mohd Taufiq, sekitar 60 orang tampil menderma darah pada hari tersebut namun atas sebab-sebab tertentu, hanya 36 daripada mereka layak dan berjaya mendermakan darah mereka.

Jumlah ini tidak menghambat hati penganjur yang telah pun merancang mahu menganjurkan lagi kempen derma darah ini pada pertengahan kedua tahun 2024.

“Kami amat berharap lebih ramai yang akan hadir untuk menyokong kempen derma darah ini. Kami berharap dapat mengadakan lagi pada masa akan datang, mungkin pada Ogos nanti. Namun, semuanya masih dalam perbincangan.

“Selain itu, masjid ini mengharapkan sokongan semua bagi ‘Projek Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu’ yang akan berlangsung tidak lama lagi,” tambahnya.

HULUR DERMA


Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001.Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.


2. Kiriman cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid, dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

6. Ikut Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok, Facebook dan Instagram: @MasjidAlkaffKampungMelayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >