Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Ar-Raudhah perlu sokongan, anjur projek Golf Amal

Dana peningkatan masjid masih perlukan $7j
Jun 18, 2024 | 10:12 PM
Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah antaranya bakal mewujudkan lebih banyak ruang solat buat jemaah dan menjadikannya lebih mesra orang kurang upaya dan warga emas.
Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah antaranya bakal mewujudkan lebih banyak ruang solat buat jemaah dan menjadikannya lebih mesra orang kurang upaya dan warga emas. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Projek Amal Golf anjuran Masjid Ar-Raudhah merupakan salah satu usaha mengumpul dana bagi peningkatan masjid yang dijangka bermula pada akhir tahun 2024 ini.

Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah ini bertujuan menaik taraf kemudahan penting khusus bagi mewujudkan lebih banyak lagi ruang solat jemaah, menaik taraf bilik darjah tadika serta menjadikan Masjid Ar-Raudhah lebih mesra bagi warga kurang upaya dan warga emas, kata Pengerusi Eksekutif Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan.

“Memandangkan penduduk yang semakin menua, masjid ini menyasarkan untuk menyediakan kemudahan yang lebih mudah diakses warga senja dan jemaah kurang upaya bagi memastikan mereka dapat menggunakan kemudahan masjid dengan selesa.

“Pelbagai usaha telah dijalankan sebelum ini seperti jualan sate dan nasi beriani amal dan juga kempen berwakaf sebanyak $50 bagi satu lot dan wakaf eksklusif $100. Penderma bagi wakaf eksklusif akan menerima hadiah istimewa kurma Ajwa satu kilogram, selagi bekalan masih ada,” ujar Ustaz Mohamed Ali.

Menurut Ustaz Mohamed Ali, masjid ini masih memerlukan sekitar $7 juta daripada jumlah kos keseluruhan projek naik taraf ini.

Bagi acara Golf Amal yang bakal diadakan pada 18 September 2024, Masjid Ar-Raudhah mengalu-alukan sokongan daripada masyarakat dan pihak korporat.

Masjid Ar-Raudhah masih memerlukan “golfers” atau pemain golf untuk menyertai pertandingan ini sambil beramal.

Bayaran untuk korporat bermula daripada $5,000 dan akan mendapat 2 “flight” atau lapan pemain golf dalam satu pasukan. Bagi individu pula, harga bayaran ialah $500 seorang. Harga termasuk makan tengah hari dan makan malam pada hari tersebut.

Di samping itu, masjid ini juga memerlukan tajaan seperti beg cenderamata dan barang-barang lain bagi acara ini.

Walaupun sudah ada beberapa penyertaan dan sumbangan, Masjid Ar-Raudhah masih mengalu-alukan lebih ramai agar menyokong acara pertandingan Golf Amal yang akan diadakan di Warren Golf & Country Club.

HULUR DERMA

Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan kirimkan ke alamat masjid di 30 Bukit Batok East Ave 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

* Hubungi Cik Maszita Mohd di talian 6899-5840 atau layari arraudhahmosque.com untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg