Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Ba’alwie derma kurma kepada Perkhidmatan Penjara S’pura

Mar 8, 2024 | 11:57 AM
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) imam Masjid Ba’alwie, Habib Hassan Al-Attas; mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) yang juga mantan Editor Berita Harian/Minggu (BH/BM), Encik Zainul Abidin Rasheed; dan anak Habib Hassan, Syed Ahmed Al-Attas, di Masjid Ba’alwie baru-baru ini.
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) imam Masjid Ba’alwie, Habib Hassan Al-Attas; mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) yang juga mantan Editor Berita Harian/Minggu (BH/BM), Encik Zainul Abidin Rasheed; dan anak Habib Hassan, Syed Ahmed Al-Attas, di Masjid Ba’alwie baru-baru ini. - Foto FACEBOOK ASSOC PROF MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Masjid Ba’alwie telah menderma 100 karton kurma kepada Perkhidmatan Penjara Singapura sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang.

Kurma itu akan diagihkan kepada banduan Muslim untuk berbuka puasa, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, ketika menzahirkan ucapan terima kasih kepada imam Masjid Ba’alwie, Habib Hassan Al-Attas, dalam satu hantarannya di Facebook pada 8 Mac.

Dr Faishal berkata:

“Saya melawat Habib Hassan di Masjid Ba’alwie baru-baru ini untuk mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mendermakan 100 karton kurma kepada Perkhidmatan Penjara Singapura. Kurma ini akan diberikan kepada banduan Muslim kita semasa bulan Ramadan ketika mereka berbuka puasa.

“Habib Hassan dan Masjid Ba’alwie telah mendermakan kurma kepada Perkhidmatan Penjara Singapura selama bertahun-tahun, dan saya sangat gembira dan bersyukur mendapat sokongan kuat mereka dalam usaha kami untuk menyokong banduan kita dalam perjalanan pemulihan dan menyepadukan mereka semula.” 

“Habib Hassan dan Masjid Ba’alwie telah mendermakan kurma kepada Perkhidmatan Penjara Singapura selama bertahun-tahun, dan saya sangat gembira dan bersyukur mendapat sokongan kuat mereka dalam usaha kami untuk menyokong banduan kita dalam perjalanan pemulihan dan menyepadukan mereka semula.” 
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam hantarannya di Facebook.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg