Masjid bina tanjakan sementara bagi keselamatan, keselesaan jemaah bergerak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid bina tanjakan sementara bagi keselamatan, keselesaan jemaah bergerak

Video ‘wayfinding’ mudahkan pergerakan warga emas, pengguna kerusi semasa Projek Peningkatan Masjid (MUP) berlangsung
Jan 30, 2026 | 5:30 AM

Masjid bina tanjakan sementara bagi keselamatan, keselesaan jemaah bergerak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Eksekutif Kanan, Media dan Acara di Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik Mahy Umar, berkata daya usaha video ‘wayfinding’ (petunjuk arah) menonjolkan usaha masjid dalam memastikan aliran pergerakan jemaah lebih teratur semasa Projek Peningkatan Masjid (MUP) berlangsung.
Eksekutif Kanan, Media dan Acara di Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik Mahy Umar, berkata daya usaha video ‘wayfinding’ (petunjuk arah) menonjolkan usaha masjid dalam memastikan aliran pergerakan jemaah lebih teratur semasa Projek Peningkatan Masjid (MUP) berlangsung. - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Masjid Alkaff Kampung Melayu mengambil langkah proaktif demi memastikan pengalaman jemaah lebih selesa dan mesra, terutamanya bagi warga emas dan mereka yang mempunyai masalah mobiliti atau pergerakan.

Menurut Pegawai Eksekutif Kanan, Media dan Acara di masjid tersebut, Encik Mahy Umar, daya usaha ini diperkenalkan melalui video ‘wayfinding’ (petunjuk arah) yang memaparkan usaha masjid dalam mengurus aliran pergerakan jemaah.

“Video ini bertujuan berkongsi usaha kami bagi memastikan laluan dan pengalaman jemaah di masjid terjaga.

“Ia penting kerana demografi jemaah kami terdiri daripada ramai warga emas, dan kajian dalaman menunjukkan sebahagian daripada mereka menghadapi cabaran mobiliti atau keupayaan bergerak.

“Oleh itu, daya usaha ini bukan sekadar penambahbaikan, malah keperluan asas bagi memastikan laluan selamat dan terangkum,” jelas Encik Mahy.

Video ini turut menonjolkan cabaran yang dihadapi warga emas, walaupun hanya menaiki dua atau tiga anak tangga.

“Bagi sesetengah orang, perkara ini mungkin nampak remeh, tetapi bagi warga emas atau mereka yang kurang upaya, ia boleh menjadi satu cabaran yang cukup besar.

“Memberi bantuan kepada mereka adalah sebahagian tanggungjawab sosial umat Islam,” ujar Encik Mahy.

Sementara menunggu Projek Peningkatan Masjid (MUP) selesai, Masjid Alkaff Kampung Melayu membina tanjakan sementara sebagai langkah segera.

Tanjakan ini memudahkan jemaah, pengguna kerusi roda, dan mereka yang mempunyai masalah pergerakan agar dapat mengakses dewan solat utama dan pejabat masjid dengan lebih selamat dan selesa.

“Tanjakan ini memberi pilihan kepada jemaah kerana mereka boleh memilih laluan yang lebih mudah dan selesa mengikut keperluan masing-masing,” katanya.

Pemilihan wadah video ini membolehkan Masjid Alkaff Kampung Melayu menyampaikan pesanan dengan lebih berkesan.

Video ini menampilkan keadaan sebenar jemaah menggunakan tanjakan, tanpa lakonan atau gimik, bagi memberi gambaran autentik kepada jemaah, penderma, dan pihak berkepentingan mengenai kepentingan membina masjid mesra warga emas.

Encik Mahy berkata:

“Maklum balas awal daripada jemaah sangat positif. Ramai warga emas menyatakan rasa dihargai, lebih mudah menghadiri kuliah dan kegiatan masjid, sekali gus meningkatkan semangat mereka hadir lebih kerap.

“Daya usaha sebegini mencerminkan falsafah Masjid Alkaff Kampung Melayu untuk menjadikan masjid bukan sekadar tempat ibadah, bahkan ruang masyarakat yang selamat, terangkum dan selesa bagi semua jemaah.

“Dengan penyelesaian segera seperti tanjakan sementara, Masjid Alkaff Kampung Melayu terus komited menyediakan masjid mesra jemaah sambil menunggu penambahbaikan jangka panjang melalui MUP.”

SEKILAS:

Cara menderma bagi menyokong Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244.

2. Bagi sumbangan, sila buat pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ pada ruangan ‘Rujukan’, dan e-mel tangkap layar transaksi ke finance@alkaffkm.mosque.sg.

3. Atau PayNow ke UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

5. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 5.30 petang. Pada Jumaat, waktu operasi dari 9 pagi hingga 5 petang.

* Ikutilah Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok: @alkaffkm, Facebook: Masjid Alkaff Kampung Melayu dan Instagram: @alkaffkgmelayumosque

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg