SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Masjid Darul Makmur dijangka ‘buka pintu’ pada Hari Raya Haji

Masjid Darul Makmur dijangka ‘buka pintu’ pada Hari Raya Haji

Mar 28, 2025 | 7:52 PM

Masjid Darul Makmur dijangka ‘buka pintu’ pada Hari Raya Haji

Menurut Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, kerja peningkatan di Masjid Darul Makmur dijangka siap untuk solat Hari Raya Haji 2025.
Menurut Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, kerja peningkatan di Masjid Darul Makmur dijangka siap untuk solat Hari Raya Haji 2025. - Foto fail

Masjid Darul Makmur, yang kini dalam peringkat akhir kerja peningkatan, dijangka dibuka tepat pada masanya untuk solat Hari Raya Haji 2025, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau memberikan perkembangan terkini itu semasa lawatannya ke bekas Sekolah Menengah Northview, yang kini digunakan sebagai tapak solat sementara masjid itu.

Semasa lawatan tersebut, Dr Faishal dan tiga lagi AP GRC itu – Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, Cik Carrie Tan dan Encik Derrick Goh – turut beramah-tamah bersama anggota Masjid Darul Makmur. Seorang lagi AP Grc itu, Encik Louis Ng, tidak hadir.

Dr Faishal berkata: “Kami gembira kerana kami dapat melihat pembangunan Masjid Darul Makmur hampir siap, hanya berbaki proses-proses terakhir.

“Kami mendekati pihak masjid dan diberitahu bahawa jika semua permit dilestarikan, kami akan cuba membuka masjid supaya kami dapat menunaikan solat Hari Raya Haji pada tahun ini (2025).”

Perkembangan itu bermakna ia dijangka siap lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Kerja peningkatan masjid itu bermula pada 24 April 2023 dan dijadualkan siap hujung 2025.

Masjid di Yishun Avenue 2 itu sudah berusia 38 tahun perlu dinaik taraf berskala besar agar ia dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah.

Ini terutamanya kerana banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru telah siap dan juga sedang dibangunkan di kawasan Yishun, Canberra dan juga estet baru Chencaru.

Berdasarkan laporan Berita Harian (BH) terdahulu, bangunan baru masjid itu akan dapat menampung sekitar 4,600 orang, bertambah daripada 3,000 orang.

Sebuah lif juga akan disediakan bagi memudahkan jemaah menaiki ke aras atas. Sebelum ini mereka terpaksa menggunakan tangga.

Kelas tadika juga akan dibangunkan dengan suasana pembelajaran lebih selesa dan selamat.

Bangunan baru itu juga akan dilengkapi kemudahan tanpa halangan, termasuk tanjakan, bagi keperluan jemaah yang sukar bergerak.

Kos peningkatan itu menelan belanja $15 juta dan menurut media sosial masjid tersebut, ia masih memerlukan sekitar $1.5 juta.

Masjid itu telah melaksanakan pelbagai usaha mengumpul dana, termasuk dana wakaf, infaq khas serta bantuan pengumpulan dana dari masjid di daerah utara Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg