Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Masjid pupuk kesedaran kisah teladan dalam Al-Quran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Masjid pupuk kesedaran kisah teladan dalam Al-Quran

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Sempena menyambut tarikh turunnya Al-Quran, seperti masjid lain, Masjid Hasanah juga tidak ketinggalan mengumpul dana bagi program naik tarafnya.

Menurut Ketua Unit Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Badrussalam D’jaffar, tujuan mengadakan Majlis Nuzul Al-Quran di Masjid Hasanah ialah untuk memberi kesedaran kepada jemaah betapa pentingnya Al-Quran dalam kehidupan harian kita.

Malah, Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud:


“Rajinlah membaca Al-Quran, kerana ia akan menjadi syafaat bagi penghafalnya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim). Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Al-Quran secara sempurna diturunkan dari langit ke dunia dari Loh Mahfuz.


Ustaz Badrussalam berkata:

“Al-Quran bukan saja sebuah kitab yang perlu dibaca malah kita juga mesti memahami isi kandungannya yang penuh dengan panduan dan juga pengajaran dengan isi kandungan Al-Quran memaparkan cerita-cerita sejarah para Nabi dan Rasul untuk dijadikan teladan kepada kita semua sebagai umat Islam.”

Tambahnya, pengajaran yang boleh didapati daripada peristiwa Nuzul Al-Quran ialah kesempurnaan hidup manusia itu adalah apabila terdapat keseimbangan antara duniawi dengan ukhrawi, dengan meletakkan akidah sebagai teras yang utuh.

Dalam keseimbangan antara duniawi dengan ukhrawi ini adalah penjagaan atau pemeliharaan hak Allah swt dan juga hak manusia seperti kewajipan solat dan juga memberi zakat kerana hak manusia yang memerlukan juga wajib ditunaikan


Majlis Nuzul Al-Quran yang diisi dengan syarahan khas pensyarah undangan, Ustaz Irwan Hadi, akan berlangsung pada Rabu, 27 Mac 2024 di dewan solat Masjid Hasanah.

Masjid Hasanah juga tidak ketinggalan mengadakan acara qiamullail, khas untuk belia pada 28 Mac dan 29 Mac 2024 pada 6 petang hingga 8 pagi.

Selain mengadakan Nuzul Al-Quran, Masjid Hasanah juga akan mengadakan siri syarahan di beberapa buah masjid sempena Ramadan kali ini, untuk mengumpul dana bagi projek naik taraf masjid yang masih memerlukan sekurang-kurangnya $6.5 juta bagi keseluruhan projek tersebut.

HULUR SUMBANGAN


Cara-cara menyumbang melalui: 

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2.  Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC: 591-070164-001. Isikan di ruang ‘rujukan’ dengan ‘wakaf’ atau ‘Infak’. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque


3. Melalui cek atas nama “LPM Hasanah”. Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirimkan.

4. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 65661-7990, atau datang ke masjid dari Isnin hingga Jumaat dari  9 pagi hingga 5 petang serta Sabtu dan Ahad, 9 pagi  hingga 1 tengah hari.

SIRI SYARAHAN RAMADAN


Siri syarahan Ramadan bagi menyokong program peningkatan Masjid Hasanah:

– Sabtu, 23 Mac 2024 di Masjid Al-Ansar

– Selasa, 26 Mac 2024 di Masjid Al-Iman

– Rabu, 27 Mac 2024 di Masjid Al-Islah

– Jumaat, 29 Mac 2024 di Masjid Al-Khair

– Ahad, 31 Mac 2024 di Masjid An-Nur

– Sabtu, 6 April 2024 di Masjid Assyakirin

– Ahad, 7 April 2024 di Masjid An-Nur




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >