Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

SalamSG 2024 dilancar; rangsang bina keyakinan, amalan baik masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SalamSG 2024 dilancar; rangsang bina keyakinan, amalan baik masyarakat

Mar 09, 2024 | 04:14 PM



Kempen tahunan SalamSG 2024 dilancarkan dengan matlamat membina keyakinan masyarakat dalam ilmu agama, memupuk daya tahan dan memperkasa masyarakat Islam untuk memperoleh kebijaksanaan dalam pembelajaran dan pengetahuan mereka.

Gerakan tahunan, yang menggalak masyarakat Islam setempat untuk bersama-sama meningkatkan amalan baik, telah dilancarkan secara rasmi di Masjid Assyafaah di Admiralty Lane pada 9 Mac, menjelang Ramadan ini.

Bercakap kepada media selepas majlis pelancaran kempen tersebut, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata tema tersebut amat sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa.

“Saya fikir ini adalah tema yang sangat sesuai untuk menyatukan masyarakat dan menggalak mereka melakukan amalan-amalan yang baik semasa Ramadan.

“Seperti tahun-tahun lepas, kita mahu menterjemahkan amalan baik kita, bukan sahaja untuk kebaikan masyarakat Melayu/Islam, tetapi juga kepada masyarakat lain.

“Saya berharap kita akan menyahut seruan ini dan meraih Ramadan yang membawa rahmat kepada umat Islam serta kasih sayang dan belas kasihan kepada orang lain,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Gerakan yang bermula dari awal Ramadan (12 Mac) hingga akhir Zulhijah (7 Julai) itu merupakan inisiatif yang diterajui oleh masjid tempatan dan disokong oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Ia bertujuan untuk menyatukan masyarakat Islam dalam memperbanyakkan amalan agama dengan menyertai program agama dalam talian dan juga secara fizikal yang dianjurkan oleh masjid.

Maklumat seperti jadual tarawih, program masjid dan tempahan untuk ibadah korban boleh didapati di portal OurMasjid.SG.

Portal tersebut, yang baru sahaja dipertingkatkan pada 1 Mac, berfungsi sebagai platform sehenti yang komprehensif dan mesra pengguna bagi masyarakat Islam. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk orang ramai menderma kepada masjid-masjid merata Singapura secara dalam talian.

Beberapa program utama yang akan dianjurkan Muis di bawah gerakan SalamSG termasuk Cabaran Belia Ramadan (RYC) pada 23 Mac, Nuzul Al-Quran pada 27 Mac dan Night of Power pada 6 April.


Bagi menggalakkan semangat sukarelawan, Muis juga akan menganjurkan SalamSG Gives pada 23 Mac, di mana kakitangan masjid dan sukarelawan akan mengedarkan kuih dan kek Raya kepada keluarga yang memerlukan, dan membantu mereka membuat persiapan Hari Raya.


Dalam usaha menyediakan masyarakat Islam untuk menyambut Ramadan, Muis turut melancarkan sebuah kelas kendiri dalam talian yang mengajar modul Fiqh Ramadan oleh ADIL.


“Modul percuma ini dijalankan dalam bahasa Inggeris dan direka bentuk untuk membimbing pelajar dengan gambaran keseluruhan Ramadan, daripada kepentingan dan manfaatnya, kepada perbuatan dan amalan semasa bulan suci.


“Ia direka untuk mereka yang mungkin menghadapi cabaran menghadiri kelas secara fizikal seperti profesional yang sibuk dan suri rumah,” kata Muis.


Bagi kanak-kanak pula, Muis juga telah membangunkan LearnQuranSeries, sebuah program yang memberi fokus kepada memupuk kecekapan dalam literasi Al-Quran menggunakan kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan interaktif.


Sebuah ‘e-book’ bernama My Ramadan Booklet juga telah dibangunkan untuk ibu bapa membimbing anak-anak mereka yang berumur lima hingga 10 tahun, tentang perkara yang boleh mereka lakukan sepanjang bulan Ramadan.


Buku tersebut boleh dimuat turun dari laman learnislam.sg/downloadables-ramadhan/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >