Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

350 golongan kurang upaya, memerlukan terima beriani daging korban

Jun 29, 2025 | 5:20 PM
daging korban, bysd, masjid al-istighfar
Penerima manfaat Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD), Cik Lelah Mohamed Isa (tiga dari kanan) menerima hidangan beriani daging korban di Masjid Al-Istighfar pada 29 Jun. Bersamanya ialah pengasas Ideal’s Souq, Encik Aidil Hanafiah (kanan); pengarah pemasaran Hamidah’s Kitchen, Cik Fadilah Abdul Majid (dua dari kanan); dan presiden BYSD, Cik Aisah Ibrahim (dua dari kiri). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Menyediakan dan memasak daging korban mentah memerlukan masa dan usaha. 

Bagi mereka yang kurang berupaya, ibu bapa tunggal atau penjaga, proses ini boleh menjadi agak mencabar di tengah-tengah rutin harian. 

Justeru, menerima hidangan daging korban yang sudah dimasak memang memudahkan dan memberikan keselesaan yang amat diperlukan, kata Cik Lelah Mohamed Isa, yang berkerusi roda dan tinggal bersendirian. 

Beliau adalah antara 29 penerima manfaat Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD), yang menerima hidangan beriani kambing korban yang dimasak di Masjid Al-Istighfar pada 29 Jun. 

Sebanyak 200 pek telah diagihkan kepada penerima BYSD, manakala 150 pek diberikan kepada 50 penerima manfaat Hayaa’ Network. 

Usaha demikian menandakan kali pertama penerima BYSD menerima hidangan korban yang dimasak – satu inisiatif yang dianjurkan bersama oleh BYSD, Ideal’s Souq, Hamidah’s Kitchen dan Hayaa’ Network.

Bercakap dengan Berita Harian (BH) selepas pengagihan di masjid, Cik Lelah, 74 tahun, meluahkan rasa sangat syukur atas sumbangan tersebut.

Beliau telah berkerusi roda selama 15 tahun akibat poliomielitis, atau polio, iaitu sejenis penyakit yang menjejas saraf dan mengehad pergerakannya.

“Tak perlu susah-susah balik rumah untuk masak lagi – boleh terus makan. Alhamdulillah, saya suka sangat,” kata beliau yang tidak mempunyai cahaya mata dan tinggal sendirian sejak 2020 kerana suaminya kini menetap di rumah jagaan.

Secara keseluruhan, seramai 53 penerima manfaat BYSD menerima agihan tersebut, dengan 24 daripadanya menerima agihan tersebut di rumah masing-masing.

Setiap penerima menerima antara satu hingga empat pek hidangan, bergantung pada saiz keluarga masing-masing.

Hidangan beriani kambing disediakan menggunakan 70 kilogram daging korban yang diperoleh melalui penyedia perkhidmatan korban, Ideal’s Souq oleh Sohibul Kobran dari Australia, dan dimasak oleh Hamidah’s Kitchen. 

Pengasas Hamidah’s Kitchen, Cik Fadilah Abdul Majid, berkongsi seramai enam daripada 15 kakitangannya terlibat dalam penyediaan tersebut dan mereka memasak seawal 5 pagi bagi memastikan hidangan siap dimasak dan dibungkus menjelang 10 pagi.

“Ini adalah satu usaha murni dan kami menyambut baik peluang ini untuk menyumbang tenaga kepada mereka yang jarang berpeluang makan nasi beriani,” kata Cik Fadilah.

Hamidah’s Kitchen menerima daging korban pada 25 Jun dan persiapan dilakukan sejak 27 Jun.

Pada hari pengagihan, sekitar 40 sukarelawan BYSD turun padang dan membantu dengan pengagihan serta membimbing penerima manfaat termasuk mereka yang kurang daya penglihatan, berkerusi roda dan mengalami ketidakupayaan intelektual. 

Menyifatkan usaha ini sebagai satu langkah yang memudahkan bagi golongan tersebut, Setiausaha Agung BYSD, Encik Mohd Farid Amin, berkata:

“Mereka memang amat memerlukan, dan lebih mudah bagi mereka apabila tidak perlu memasak sendiri dan tidak perlu bersusah payah lagi.”

Pengagihan kepada penerima Hayaa’ Network diadakan di Blok 510, Ang Mo Kio pada 29 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg