Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 masjid tawar tiga sesi solat Aidiladha

May 30, 2025 | 7:54 PM
Lapan masjid menawarkan tiga sesi solat Hari Raya Aidiladha menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi wadah media sosialnya.
Lapan masjid menawarkan tiga sesi solat Hari Raya Aidiladha menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi wadah media sosialnya. - Foto FACEBOOK MUIS

Sehingga tiga sesi solat Hari Raya Aidiladha akan ditawarkan di lapan masjid, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi wadah media sosialnya.

Lapan masjid itu ialah Haji Mohd Salleh (Geylang), Khadijah (Geylang Rd), Ahmad Ibrahim (Jalan Ulu Seletar), Assyafaah (Sembawang), Al-Khair (Teck Whye), Assyakirin (Taman Jurong), Abdul Gafoor (Dunlop St) dan Angullia (Serangoon Rd).

Sesi pertama diadakan pada 7.20 pagi sementara sesi kedua dan ketiga masing-masing diadakan pada 8.15 pagi dan 9.15 pagi.

Menurut Muis, sebanyak 24 masjid akan mengadakan hanya satu sesi solat – sama ada pada 7.20 pagi, 8.00 pagi, 8.15 pagi atau 8.30 pagi.

Lagi 37 masjid akan menawarkan dua sesi solat dengan sesi pertama diadakan pada 7.20 pagi dan sesi kedua pada 8.15 pagi, dengan pengecualian Masjid Al-Falah (Bideford Road), Masjid Sallim Mattar (MacPherson) dan Masjid Sultan.

Ketiga-tiga masjid tersebut akan melakukan dua sesi solat dengan sesi pertama pada 7.20 pagi dan sesi kedua pada 9.15 pagi.

Mereka yang ingin melakukan solat Aidiladha di Masjid Darul Ghufran di Tampines pada sesi pertama iaitu pada 7.20 pagi mesti membuat tempahan slot melalui book.masjids.sg.

Tempahan dibuka pada Selasa, 3 Jun 2025, pada 10 pagi.

Tiada sesi atau masjid lain memerlukan tempahan.

Dalam pada itu, antara masjid yang menawarkan dua sesi solat Aidiladha ialah Masjid Darul Makmur.

Namun, ini akan dilakukan di tapak sementara masjid tersebut di bekas Sekolah Menengah North View di 530 Yishun Ring Road.

Muis menambah, selain daripada peluang solat di masjid-masjid, sebanyak 36 qaryah yang berkaitan masjid akan menawarkan ruang tambahan bagi penduduk yang mahu melakukan solat Aidiladha berhampiran dengan rumah mereka.

Ia termasuk di kawasan perumahan Pasir Ris, Tampines, Simei, Bedok, Woodlands, Yishun, Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi dan Jurong.

Kesemua 36 tempat tersebut akan memulakan solat Aidiladha pada 8.30 pagi.

Maklumat lanjut tentang solat Hari Raya Aidiladha 2025 termasuk ruang solat bagi Muslimah boleh didapatkan di go.gov.sg/rayaprayer.

Hari Raya Aidiladha jatuh pada 7 Jun 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg