Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

90% haiwan korban SalamSG sudah ditempah

May 27, 2025 | 5:12 PM
salamsg, korban, gaza, 2025
Sebahagian daripada daging kambing korban akan ditinkan dan diagihkan kepada masyarakat Palestin di Gaza, satu keistimewaan bagi SalamSG Korban 2025. - Foto fail

Sebanyak 90 peratus haiwan korban daripada sasaran 4,800 telah pun ditempah menerusi program SalamSG Korban, yang dikendalikan oleh masjid di Singapura dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) setakat 27 Mei.

Dalam laporan sebelumnya pada 9 Mei, SalamSG berkongsi bahawa sambutan awal yang menggalakkan bagi lebih 50 peratus tempahan yang dibuat mencerminkan komitmen mendalam masyarakat terhadap usaha ibadah dan kemanusiaan.

SalamSG Korban 2025 lebih bermakna kerana sebahagian daripada daging kambing korban akan ditinkan dan diagihkan kepada masyarakat Palestin di Gaza.

Tiga jenis ternakan – lembu, biri-biri dan anak biri-biri – ditawarkan untuk ibadah korban.

Seekor kambing biri-biri berharga $360; anak biri-biri berharga $365; dan satu pertujuh daripada seekor lembu berharga $365.

“Walaupun kami beroperasi pada harga premium, tumpuan kami terhadap kualiti yang terjamin serta penyeliaan langsung masjid mendapat sambutan yang amat positif daripada masyarakat.

“Rekod prestasi dengan kerjasama pembekal yang disahkan, serta keunikan kami, memberi manfaat kepada masjid-masjid serta penerima korban di dalam dan luar negara (termasuk di Gaza) apabila melaksanakan ibadah korban bersama SalamSG.

“Ini membolehkan kami berada dalam kedudukan yang kukuh untuk mencapai sasaran sebanyak 4,800 unit,” kongsi jurucakap SalamSG dengan Berita Harian (BH).

Pada 2025, enam masjid mendapat kebenaran untuk menjalankan korban di kawasan masjid dan 53 masjid menyertai daya usaha itu.

Sepasukan pegawai akan dihantar ke Australia pada Hari Raya Haji untuk memantau pelaksanaan ibadah korban di tempat penyembelihan yang telah dikenal pasti, bagi menjamin pematuhan sepenuhnya serta memastikan ketelusan proses korban.

Pasukan tersebut turut bertanggungjawab mengesahkan bahawa semua syarat dan peraturan dipatuhi, termasuk memastikan tempat penyembelihan mempunyai lesen sah dan sijil halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa di Singapura dan Australia.

Daging korban akan dibawa masuk ke Singapura untuk diserahkan kepada sohibul korban  (orang yang melaksanakan ibadah korban) atau diagihkan kepada golongan penerima manfaat tempatan, termasuk keluarga yang kurang berkemampuan, pekerja migran dan penerima zakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg