Berikut beberapa sokongan yang ada bagi mendorong keluarga berpendapatan rendah menghantar anak mereka ke prasekolah:

Khusus bagi keluarga di bawah program ComLink+:

  1. Tokokan sekali sahaja bernilai $500 dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) bagi setiap anak yang sertai prasekolah apabila usianya mencapai tiga tahun
  2. Keluarga juga akan terima $200 setiap suku tahun jika si anak catat kadar kehadiran baik iaitu 75 peratus, sehingga anak berusia enam tahun

Sokongan lain oleh pemerintah atau pengendali prasekolah:

Pemerintah

  1. Keluarga dengan pendapatan isi rumah $3,000 dan ke bawah hanya bayar minimum $3 sebulan bagi penjagaan kanak-kanak sepenuh hari di prasekolah di bawah Skim Pengendali Utama (AOP) dan Pengendali Rakan Kongsi (POP)
  2. Keluarga dengan pendapatan isi rumah bulanan kasar $3,000 dan ke bawah atau Pendapatan Per Kapita Bulanan Kasar $750 dan ke bawah yang hantar anak ke Tadika kendalian Kementerian Pendidikan (MOE) atau AOP layak terima subsidi tambahan $161 di bawah Skim Bantuan Yuran Tadika (KiFAS), di samping Subsidi Asas $150

NTUC First Campus

  1. Eksekutif sokongan keluarga di lapan pusat My First Skool yang dikendalikan NTUC First Campus mendampingi ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dari keluarga bergaji rendah bagi menggalak anak-anak kerap hadir ke sekolah.

Pusat Pembangunan dan Penjagaan Kanak-kanak Kidz Meadow

  1. Sesi pembelajaran semula disediakan untuk murid yang lewat ke sekolah