Bazar Ramadan di Kampong Gelam buka tirai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bazar Ramadan di Kampong Gelam buka tirai

Feb 11, 2026 | 9:10 PM

Bazar Ramadan di Kampong Gelam buka tirai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bussoroh Street, bazaar, Ramadan
Kawasan Kampong Gelam mula meriah pada hari pertama bazar dibuka pada 11 Februari, seminggu sebelum tibanya bulan Ramadan. Ruang yang luas serta sambutan pelanggan antara sentimen yang dikongsi peniaga. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Suasana di kawasan Kampong Gelam penuh bertenaga dan sibuk dengan pengunjung pada hari pertama bazar Ramadan pada 11 Februari, sekitar seminggu sebelum bulan puasa.

Walaupun bazar itu akan hanya dibuka secara rasmi pada 13 Februari, ramai peniaga sudah mula menyambut pelanggan seawal 2 petang.

Menurut beberapa peniaga yang ditemui, susun atur gerai yang lebih luas serta kehadiran pegawai yang mengawal aliran pengunjung telah memudahkan pengalaman berniaga sekaligus memberikan pengalaman positif untuk pelanggan.

Berkongsi lebih lanjut, peniaga pertama kali seperti pemilik gerai gelato, Cik Intan Armelia Mohamed Ali menyifatkan hari pertamanya berniaga di bazar selama 33 hari itu, sebagai permulaan yang baik.

Beliau berkata lokasi yang berhampiran Masjid Sultan serta kehadiran pelbagai lapisan masyarakat memberi peluang lebih luas untuk memperkenalkan produk mereka kepada khalayak lebih besar.

“Golongan pengunjung ke Kampong Gelam lebih berpelbagai, bukan sahaja masyarakat tempatan tetapi juga pelancong datang ke sini. Ini antara sebab utama kami memilih untuk berniaga di sini,” katanya ketika ditemui Berita Harian (BH).

Menurut penganjur bazar itu, pengarah Syed’s Trader, Syed Muhammad Farit Syed Ahmad, sekitar 60 peratus gerai di bazar sudah pun beroperasi pada hari pertama.

“Setakat ini, operasi di bazar sedang berjalan dengan lancar. Secara amnya, pemilik gerai sedang menyesuaikan diri dengan baik, dengan jumlah pengunjung dijangka meningkat secara berperingkat menjelang majlis pelancaran rasmi pada 13 Februari,” kata beliau.

Bazar Ramadan di Kampong Gelam kali ini menampilkan jumlah gerai yang lebih rendah berbanding tahun lalu – 103 gerai berbanding sekitar 120 gerai pada 2025. Tahun ini terdapat 91 gerai makanan dan minuman serta 12 gerai runcit.

Bazar bertema Gemilang Kampong Gelam 2026 itu menyajikan pelbagai kegiatan dan persembahan dirancang bagi menyemarakkan suasana di kawasan warisan itu.

Dalam pada itu, jumlah gerai yang lebih rendah tidak menjejas kemeriahan acara, malah menjadikan susun atur lebih tersusun dan selesa untuk pengunjung, tambah Cik Intan.

“Bagi saya, jumlah peniaga yang banyak bukan faktor utama yang menjadikan sesebuah bazar itu meriah. Sebaliknya, susun atur yang kemas serta adanya ruang aktiviti di tengah kawasan bazar tahun ini memberi pengalaman yang lebih selesa kepada pengunjung,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi oleh pengasas Tomahawk Havoc Kak Ummi, Cik Afidah Ibrahim, yang buat pertama kali meluaskan perniagaan makanan dan minuman (F&B) ke bazar tahun ini.

Menurutnya, pengunjung sudah mula hadir seawal 2 petang, sekali gus memberi petanda awal yang menggalakkan bagi perniagaan di situ.

Pengasas Tomahawk Havoc, Cik Afidah Ibrahim, yang buat pertama kali berniaga di bazar Ramadan tahun ini.
Pengasas Tomahawk Havoc, Cik Afidah Ibrahim, yang buat pertama kali berniaga di bazar Ramadan tahun ini. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bagi Cik Afidah, penyertaannya di bazar tahun ini merupakan satu pelaburan yang besar.

Namun, faktor tersebut tidak menghalangnya daripada menyertai bazar kerana beliau ingin mengutamakan interaksi secara bersemuka dengan pelanggan.

“Mempunyai gerai di bazar memang memerlukan perbelanjaan tinggi, tetapi ia penting bagi kami kerana kami mengutamakan interaksi dengan pelanggan. Itu antara sebab utama saya ingin meluaskan perniagaan ke bazar tahun ini,” katanya, yang turut mengusahakan perniagaan FAME by Dad’s Corner.

Pengasas jenama baju kurung LoveAisyah, Cik Aisyah Lim, turut berkongsi sentimen sama, dengan menekankan kepentingan pengalaman membeli-belah yang selesa dan interaksi langsung antara peniaga dengan pelanggan dalam memeriahkan suasana bazar Ramadan tahun ini.

Pengasas jenama baju kurung LoveAisyah, Cik Aisyah Lim, menekankan kepentingan pengalaman membeli-belah yang selesa serta interaksi langsung antara peniaga dan pelanggan sebagai antara faktor utama yang mendorongnya menyertai bazar Kampong Gelam tahun ini.
Pengasas jenama baju kurung LoveAisyah, Cik Aisyah Lim, menekankan kepentingan pengalaman membeli-belah yang selesa serta interaksi langsung antara peniaga dan pelanggan sebagai antara faktor utama yang mendorongnya menyertai bazar Kampong Gelam tahun ini. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Menurutnya, walaupun hari pertama dilihat agak perlahan kerana masih dalam fasa awal, kehadiran pengunjung, yang juga terdiri daripada golongan pelancong, memberi petanda awal yang positif.

Cik Aisyah, yang telah menyertai bazar Kampong Gelam selama beberapa tahun, berkata pengurangan jumlah gerai tahun ini bukan sesuatu yang membimbangkan bagi peniaga runcit.

Menurut beliau, penyertaan dalam bazar setiap tahun menjadi peluang penting untuk jenama yang kebanyakannya beroperasi secara dalam talian berinteraksi secara bersemuka dengan pelanggan.

“Saya berharap pengunjung akan memberi sambutan yang baik kepada gerai di sini, seperti mana kami telah lama bersedia untuk menyambut mereka,” kata beliau. - LAPORAN TAMBAHAN OLEH LUQMANUL HAKIM ISMAIL

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg